in

“Saya akan pergi tengok sambil bawa tisu” : Isteri Nak Tonton Avengers Sebagai Wakil Suami Yang Dah ‘Pergi’ 6 Bulan Lepas

Avengers4

Kisah sedih seseorang itu boleh muncul dalam pelbagai aspek, tak sangka disebalik keterujaan tayangan Avengers: Endgame ini terpalit juga kesedihan dalam kalangan peminat-peminat mereka.

Manakan tidak kalau movie ini yang menjadi faktor utama si isteri ini jatuh cinta dengan mendiang suaminya.

 

Saya akan tonton untuk kami berdua

Kisah ini mula viral apabila ada seorang pengguna Twitter ini kongsikan satu kesedihan daripada seorang individu yang tersalah beli tiket.

Tapi, ada respon daripada seorang netizen kongsikan gambar komen daripada seorang isteri yang kehilangan suaminya 6 bulan lepas ini lebih menyedihkan.

Avengers 2

 

Enjoy your movie”

Avengers2
Sumber : instagram

Menurut Caroline Susan Monroe, mendiang suaminya Michael William Monroe adalah seorang peminat tegar Marvel, minatnya yang begitu mendalam sampai dirinya sendiri terikut-ikut. Malah ketika mereka mula berkenalan dan bercinta, mereka banyak menonton Avengers ini.

Suaminya begitu teruja untuk menunggu movie ini ditayangkan tapi apakan daya suaminya meninggal dunia sekitar 6 bulan lepas.

Teringat dengan mendiang suami, ia amat memilukan hati si isteri ini apabila masa tayangannya sudah tiba. Ketika mendiang suaminya masih hidup, dia begitu teruja dan bermacam-macam teori yang diberikan untuk mengetahui jalan cerita.

Disebabkan itu Caroline bertekad untuk menontonnya sebagai wakil. Melaui Instagram, dia ada muat naik pembelian tiket dengan kata-kata yang meruntun hati.

“Untuk sebab-sebab tertentu, ini telah menjadi salah satu bahagian paling sukar dalam kehilangan Kamu.  Kamu tidak akan pernah tahu apa yang berlaku kepada #theavengers. Kamu amat menyukai #marveluniverse, dan kami gemar berteori selama berbulan-bulan, apa yang akan berlaku, tetapi kamu takkan pernah melihatnya. Saya akan berada di sana untuk kamu. Ini bukan minat saya tapi mulai sekarang ya kerana ia tidak boleh menjadi milik anda lagi.”

Sebak pula rasanya, ya lah sebab hangat diperkatakan, pastilah akan memberi impak kepada peminat dan sudah semestinya akan membuatkan wanita ini terkenang kepada suaminya.

Baca : Boss Sewa Satu Hall Wayang Untuk Tengok Avengers Sebab Takut Pekerja Spoil Cerita

Boss