in

“Benda ni banyak procedure. Saya tak ada kuasa buat semua tu.” – Polis Tak Layan Bila Wanita Ini Report Dirakam Dalam Toilet

Tomyam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni kena banyak hati-hati terutamanya wanita, boleh jadi ancaman serangan seksual dimana-mana sahaja.


Salah seorang mangsa, Yasmin Illyas kecewa bila orang keliling bersikap ignorant apabila mengetahui kes tersebut biarpun si pelaku tu dah mengaku salah.

 

Sebenarnya kak tau memang phone dia warna merah. Kak pernah nampak phone dia atas dinding tu juga sebelum ni. Tapi kak tak percaya dia ambik video.”

Kejadian ini berlaku pada 13 Disember lepas ketika dia nak gunakan satu tandas di sebuah kedai makan ni lepas balik kerja jam 6 petang.

Biarpun sebelum ini dia dah beberapa kali makan di kedai tersebut, dia tak pernah menggunakan tandas di kedai tu sampai lah hari kejadian sebab ‘dah tak ada pilihan lain’.

Ketika dia sedang menggunakan tandas, tiba-tiba ada kelibat bunyi seseorang masuk ke bilik sebelah. Tapi tak ada bunyi air pun, tak sedap hati, wanita itu terus pandang keatas nampak ada handphone warna merah diletakkan di atas dinding pembahagi!

79482448 10216576433702981 7869811143605223424 O 79751978 10216582555416020 939636851776421888 O

Tergamam bila melihatnya, dia terus keluar dan cuba nak minta bantuan orang seterusnya untuk ambilkan telefon bimbit itu, tapi ini pula yang jadi.

https://www.facebook.com/yasmin.ilyas.9/posts/10216576452983463

Enggan mengaku perbuatannya dengan memberikan seribu satu alasan dan helah untuk cuba lari, wanita itu cuba tunggu apabila pemilik kedai makan tu sedang memberkas pekerjanya.

Lepas 2 jam menunggu akhirnya, pemuda tersebut datang tapi dia masih enggan mengaku, sampai lah Yasmin ‘gertak’ pemuda tu untuk takutkan dia.

Akhirnya lelaki pervert itu mengaku, Yasmin cuba nak buat laporan polis tapi pihak kedai minta dia settle tepi.

 

Benda ni banyak procedure. Saya tak ada kuasa buat semua tu.” – Polis

79158992 10216582546015785 7030211394481946624 O

Keesokan harinya dia laporkan hal ini ke balai polis dengan harapan mereka dapat jumpa bukti walaupun bagi firasat Yasmin, lelaki pervert itu mungkin dah padam bahan bukti.

Namun. polis seolah-olah macam tak layan dengan laporan yang dia terima.

https://www.facebook.com/yasmin.ilyas.9/posts/10216582557856081

Tujuan Yasmin kongsikan pengalamannya ini adalah untuk beringat kepada kita semua agar

  1. Kalau berlaku kejadian macam ni. Terus hubungi polis, Biar polis yang settle. Jangan buat tindakan sendiri. Jangan dengar cakap orang suruh settle tepi. Jangan guna kekerasan, guna jalan undang-undang.
  2. Perempuan kena Berani. Jangan malu untuk bersuara. Kita ada hak terutamanya yang berkaitan dengan maruah diri kita. BERANI KERANA BENAR. Report, jangan biar!
  3. Pihak atasan agar buat tindakan. Kalau authority pun senyap, apa nasib mangsa?
  4. Masyarakat kena buka mata. Don’t be too ignorant. Jangan tengok saja. Lagi teruk, jangan nak halang kebenaran sebab nak jaga periuk nasi sendiri. Tak mahu bertanggungjawab langsung.
  5. Last but not least, semua orang ada peranan masing-masing. Perempuan perlu lebih berhati-hati. So many disgusting perverts out there. Yang lelaki pun, tolonglah jadi pelindung wanita. Take this as a lesson. Harap semua boleh ambil pengajaran..

Tapi lelaki pun kena hati-hati ya.

 

Baca : “Muka macam mat rempit” – [Video] Wanita Sempat Rakam Muka Lelaki Gatal Intai Dari Bawah Pintu Tandas

Tandas

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.