in

“Belajar sampai Harvard tapi pembelot!”

Eeeee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Datuk Jeffrey Kitingan, presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) semalam jadi buah mulut ramai lepas dilaporkan tiba-tiba bekerjasama dengan parti lain di Sabah.


Pembentukan kerajaan baru di Sabah pada awalnya jadi genting lepas BN menang 29 kerusi, Parti Warisan Sabah (WARISAN), DAP dan PKR juga menang 29 kerusi. Dua lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi oleh STAR.

Jeffrey
sumber: thetruenet

 

Jeffrey tiba-tiba berpakat dengan BN

Saat-saat akhir STAR pilih nak bergabung dengan BN untuk membentuk kerajaan negeri atas syarat BN ikut semua peraturan yang ditetapkan, lapor Malaysiakini. Tindakan ni buat ramai marah dan siap tuduh Jeffrey pengkhianat.

Jeffrey Traitor
sumber: twitter
Eje
sumber: twitter
J1
sumber: twitter
11 4
sumber: twitter

 

Tak akan masuk BN

Lepas banyak sangat tohmahan dilemparkan, Jeffrey tampil menafikan yang dia akan menyertai BN.

“Saya telah berbincang dengan Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman, untuk mencari penyelesaian politik yang terbaik untuk kebaikan rakyat Sabah.”

“Dan persetujuannya ialah Gabungan Sabah dan semua calon-calon DUN BN yang menang akan membentuk gabungan parti-parti tempatan (Sabah) yang baru tanpa Umno.”

 

“Apa yang berlaku di Sabah sesuatu yang malang”

Bila situasi yang berlaku semasa pengiraan undi ini ditanyakan kepada Tun Mahathir, dia juga ternyata kesal dengan apa yang berlaku dan melahirkan rasa kasihan pada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, presiden WARISAN.

“Apa yang berlaku di Sabah adalah suatu yang malang,” kata Tun M.

“Saya kasihan pada Sabah. Mohd Shafie banyak pengaruh. Tindakan (pengiraan semula) untuk halang (Warisan) Shafie mentadbir.”

11 Mahathir Mohamad 1525897277
sumber: nst

Sejam lepas Tun M mengangkat sumpah, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menyempurnakan majlis mengangkat sumpah melibatkan Ketua Menteri Sabah yang baru, Tan Sri Musa Aman.

Hmm mungkin ada sebab Jeffrey buat macam ni… Apa pendapat korang, cuba share sikit dengan admin.

Baca: ‘Saya tak buat salah’ – Peguam Negara

Ekr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.