‘Saya tak buat salah’ – Peguam Negara

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Selepas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mendakwa Ketua Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali telah menyorok bukti kesalahan berkaitan skandal 1MDB daripada pengetahuan awam, Apandi timbul memberi respon berkaitan hal tersebut.

“Saya tak buat apa-apa salah. Bagaimanapun, buat masa ini saya tunggu dan lihat dulu. 

“Apa yang paling penting, kedaulatan undang-undang akan ditegakkan dan apa pun tindakan oleh seseorang harus berdasarkan undang-undang, terutamanya undang-undang tertinggi, iaitu Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada Malaysiakini.

Sumber: MK

Terdahulu, Perdana Menteri telah beri bayangan bahawa beliau akan menggugurkan Apandi dari jawatannya selepas mendakwa Peguam Negara tersebut telah menyembunyikan bukti kesalahan dalam kes 1MDB. Apandi jugak pada tahun 2016 telah membersihkan bekas PM, Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang kesalahan berkaitan kemasukan wang RM2.6 billion dalam akaun peribadinya.

Sama-sama kita nantikan apa kesudahannya. Yang salah pasti akan mendapat balasan tak lama lagi. 

Baca: ‘Apandi sorok bukti kesalahan 1MDB’ – Tun M 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!