“Begitulah nasib usahawan kecil seperti saya” – Aliff Syukri Mengeluh Bisnes ‘Down’ Sebab PKP, Kena Ceramah Dengan Netizen

Tambah ke Sumber Pilihan
“Begitulah nasib usahawan kecil seperti saya” – Aliff Syukri Mengeluh Bisnes ‘Down’ Sebab PKP, Kena Ceramah Dengan Netizen

Ramai usahawan terkesan disebabkan Covid-19, apatah lagi dengan perubahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita. Sudah tentunya setiap peniaga akan mengalami kerugian tidak kiralah dalam jumlah yang kecil atau besar.

Tidak terkecuali, Datuk Seri Aliff Syukri yang mengadu di Facebook tentang perniagaannya yang terjejas disebabkan PKP. Menurut Aliff, bisnes tempat penginapan atau resort miliknya di Sungai Buloh tidak menerima pengunjung disebabkan PKP dan dia kerugian selepas jutaan ringgit dihabiskan untuk tempat itu.


Siapa senasib mcm saya?? Sedih yang sukar saya ungkapkan. Berjuta juta ringgit…saya habis untuk menaikkan @sugehecoresort cawangan sungai buloh @sugeh.chalet dan baru nak merasai hasil daripada perniagaan ni. PKP tutup buka tutup buka.”

Aliff2

Bukan itu saja, Aliff turut berkata dia berasa sangat sedih kerana cukai dan gaji semua pekerja tetap harus terus dibayar meskipun dia mengalami kerugian

Pelanggan pun takut nak datang kejap buka kejap tutup dan yang paling menyedihkan cukai semua nak saya bayar gaji pekerja kau nak kena bayar kalau nak berhentikan kesian mereka begitulah nasib usahawan kecil seperti saya ini ??.”

Pekerja saya yang tidak biasa kerja panas terpaksa membuat kerja panas untuk memantainkan perniagaan ni. Bilalah nak habis dan berlalu Masik PKP ni, doakan cepat habis dan janga lupa untuk booking dan bercuti di sini sebabnya harga Resort bermula serendah RM 350 sahaja.”

Perkongsian Aliff fi Facebook itu mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya menegur dan ‘ceramah’ usahawan kosmetik itu semula kerana menurut mereka ia adalah satu sifat tidak bersyukur.

Apatah lagi, semua tahu Aliff mempunyai perniagaan lain yang besar dan mempunyai banyak aset. Jadi, menurut mereka keperitan yang dia alami sekarang tidak setanding dengan orang lain terutamanya usahawan kecil yang lebih terjejas.

Netizen turut menasihati Aliff supaya mengambil iktibar dan membuka mata dengan lebih luas untuk melihat keadaan sebenar ramai rakyat di negara kita yang lebih teruk diuji ketika ini.

Komen 2Sumber: Facebook

Nak buat mcm mana kan tengah PKP tak boleh bercuti.

Baca: “Kau duduk goyang kaki dekat rumah, sibuk canang Covid ni konspirasi” – Frontliner Selamba ‘Sound Setepek’ Geng Konspirasi

Collage 10

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Sue Idris
Lagi tulisan Sue
Psycho-thriller movie? OH YASSS!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Begitulah nasib usahawan kecil seperti saya” – Aliff Syukri Mengeluh Bisnes ‘Down’ Sebab PKP, Kena Ceramah Dengan Netizen
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/begitulah-nasib-usahawan-kecil-seperti-saya-aliff-syukri-mengeluh-bisnes-down-sebab-pkp-kena-ceramah-dengan-netizen/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM