Kalau First Lady of Malaysia (FLOM) sebelum ni gemar sangat pakai beg tangan Birkin, berbeza pulak taste FLOM kita sekarang yang lebih gemarkan beg tangan simple dengan harga yang murah.
Tampil disisi Tun M di Perdana Putra, Putrajaya pagi ni untuk sesi berucap di hadapan kakitangan awam, gambar Tun Dr Siti Hasmah yang menggalas beg rona pink ni viral dengan tiba-tiba selepas ia dikongsi laman Facebook Kelab Che Det.
Menurut posting tersebut, Tun Siti memakai sebuah beg tangan jenama Marie Claire yang hanya berharga RM125.10 di Zalora! Walaupun tak dapat dipastikan sama ada beg tu benar-benar jenama Marie Claire dari Bata, admin kepada Facebook tersebut mengakui bahawa beg tu memang mirip kepada rupa beg jenama berkenaan.
Gambar yang mendapat 17k likes dan 3,382 shares ini telah dapat perhatian netizen yang rata-rata terinspirasi melihat kesederhaan Tun Siti yang tak suka bermewah-mewah dalam berfesyen. Cukup pakai baju kurung, perhiasan mutiara dengan beg tangan simple je! Nampak sopan sangat kan!
Walaupun masih ada di kalangan netizen yang meragui kesahihan posting ni, ramai jugak yang mengagak jualan beg tangan Marie Claire di Zalora pastinya akan meletop dengan banyak tempahan!
Kalau betul lah Tun Siti pakai beg dengan harga yang berpatutan macam ni, memang salute habislah! Mohon rakyat jelata contohi isteri pemimpin yang bersederhana ini. Jangan membazir tau. Bak kata Tun M, biar beg harga RM50 tapi isinya RM450.
Admin nak check Zalora jap!
Baca: Semua Orang Nak Beli dan Pakai, Tiru Tun M