in

Semua Orang Nak Beli dan Pakai, Tiru Tun M

tun m pakai apa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak Tun M menjadi Perdana Menteri Malaysia, rakyat nampaknya makin bersemangat nak lalui hari mendatang. Dah tak ada nak keluh kesah pasal GST dan harga minyak naik setiap Rabu. Tun M kini kat Malaysia dah macam artis pulak. Tiap-tiap hari rakyat Malaysia tak lepas dari tonton sidang medianya kat TV.

Terkenalnya Tun M buat rakyat mula ‘usha’ barangan apa yang PM ni pakai. Dari jenama pen sampailah ke jenama kasut rakyat stalk! Tudiaaa Che Ta pun kalah tau. Kalau korang tak tahu, ini dia item jadi rebutan ramai semenjak Tun M PM Malaysia. 


 

1. Berocca 

Tajam macam helang mata-mata netizen ni semua kan. Dek kerana viralnya gambar Tun M tengah dinner dengan Tun Siti, netizen dah dapat detect rahsia kepada kesihatan dan minda yang cergas Tun M selama ni.

32482744 379808042523055 1855090228767752192 n
Sumber: Facebook

Berocca, supplemen mineral dan vitamin yang mampu meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal seseorang kalau di ambil setiap hari. Berocca katanya dapat membantu seseorang dalam:

  • Boost stamina dengan boosting energy release
  • Meningkatkan konsentrasi dan mental performance.
  • Mengurangkan keletihan dan kelesuan.
32507961 379808062523053 7485933495039033344 n
Sumber: Facebook

Fuh patutlah Tun M cerdas selalu! Salutelahh! 

 

2. Pen Pilot 

Mungkin ramai yang tak perasan tapi melalui kebanyakan gambar, Tun M selalu dilihat bawak sebatang pen belang-belang hitam. Pen ni selalu diselitkan kat poket baju dan kalau bajunya tak ada poket, Tun M akan selit kat celah-celah butang bajunya macam kat bawah ni.

Etaksalai 85
Sumber: Blog
DdKzmPXV0AAV6E6
Sumber: Blog

Ia sebenarnya bukanlah pen jenama mahal macam Lamy atau Parker, tapi Tun M hanya pakai pen Pilot Ball Liner yang hanya berharga RM4.30 SAHAJA! Wow!

Sumber: Blog
DdPp4QQVMAEs8aa
Sumber: Blog

Malah masa tandatangan majlis angkat sumpah, Tun M tetap pakai pen yang serupa! Disebabkan pen ni dipakai Tun M, berbondong-bondong orang ramai beli item ni sampai pen tersebut out of stock kat kedai. Alahai tak sempat admin nak beli smiley cry 

Etaksalai 88
Sumber: Blog

 

3. Selipar Bata

Kalau korang bercadang nak beli Yeezy atau kasut hipster lain untuk Raya ni, lupakan jelah semua jenama tu. Sebabnya sekarang selipar atuk-atuk jenama Bata dah jadi trend terbaru di kalangan rakyat Malaysia. Selipar ni mula jadi fenomena bila Tun M dilihat memakainya dalam satu majlis.

8669
Sumber: Blog

Chill je Tun M pakai selipar sambil main phone! 

Selipar ni pun takdelah mahal sampai harga ribuan ringgit. Just RM11.99 je dan korang boleh jugak dapatkannya secara online di website Bata.

32467739 1007795962711062 9111541555302236160 n
Sumber: Facebook

 

4. Brands Outlet

Belum reda tentang isu kasut Bata, viral pulak satu lagi gambar menunjukkan Tun M dan isterinya sedang membeli belah di sebuah gedung pakaian, Brands Outlet. Tak macam menteri atau mereka yang amalkan gaya hidup mewah lain, Tun M dan Tun Siti nampaknya lebih bersederhana dalam citarasa pakaian dan tak perlu nak pakai blouse atau kemeja dari Armani, Versace dan Prada. Kena serbu lah Brands Outlet lepas ni…

32906049 1146395595500804 5164117463796809728 n 1
Sumber: Facebook

 

5. Jam tangan G-Shock dan Casio

Tak lama dulu sebelum PRU14, Tun M ada buat kejutan untuk melelong jam tangan G-Shock ‘Rangeman’ miliknya dengan tandatangan sekali. Walaupun jam tangan digital merah ni berharga RM900+ saja, ia dah berjaya dijual sebanyak RM13,000. Fuh! Untunglerr yang dapat jam Tun tu. 

32484588 1516153535179275 718949114141736960 n
Sumber: Facebook
32511962 1516153575179271 8641089275992997888 n
Sumber: Facebook

Selain jam G-Shock, jam Casio Protrek Triple Sensor Tide Graph jugak viral yang mana netizen membandingkan harganya RM1,020 dengan jam bekas PM Najib bernilai puluhan ribu ringgit.

32283690 1811442212498596 33167915008131072 n
Sumber: Facebook

Amacam? Tengah korek tabung nak beli jam Tun pulak ke? 

Macam mana pun admin sangat kagum dengan sikap humble Tun dan isterinya dengan pakai barangan yang tak mahal dan tak terlalu menunjuk-nunjuk. Cukup yang biasa-biasa je lah kan.

Bagus kalau ramai rakyat Malaysia contohi sikap berjimat cermat Tun. Nak beli apa-apa barang, ukur baju di badan sendiri dulu tau! 

Baca: Baru 6 Hari, Tun M Dah Buat 10 Perkara Ni 

s

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.