in

Bayi Meninggal Tercekik Susu Kerana Bapa Leka Main Game Telefon Bimbit

Caca

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak merupakan anugerah dan amanah Allah yang tidak ternilai. Mengasuh dan mendidik anak-anak dengan baik adalah menjadi menjadi tanggungjawab dan kewajipan kepada ibu bapa. Tetapi malangnya ada segelintir individu yang tidak menghargai kurniaan ini dengan tidak menjaga anak-anak mereka dengan baik.


Menurut WORLD OF BUZZ, seorang lelaki di Singapura telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan semalam kerana menyebabkan kematian anaknya secara tidak sengaja. Insiden malang itu berlaku pada 12 Oktober 2015 sewaktu isterinya, Nurraishah Mahzan meninggalkan bayi tersebut di bawah jagaannya.

Baby2
sumber: berita harian singapura

Lelaki berusia 28 tahun dikenali sebagai Mohamed Shiddiq Sazali itu dikatakan telah mengakibatkan kematian bayi mereka berusia tiga bulan kerana terlalu leka bermain game di telefon bimbit, lapor The Straits Times.

Bukan pertama kali cuai dalam menjaga anak, Shiddiq pernah mengakibatkan tengkorak bayinya retak dan perlu dirawat di hospital lima minggu sebelum kejadian. Bapa kepada bayi malang berkenaan malah mengakui bahawa pada ketika itu dia leka bermain telefon bimbitnya.

Baby1
sumber: the new paper

Menurut Coconuts, lelaki tersebut meletakkan bayi mereka di atas riba dan menggunakan sebelah tangan untuk memegang botol susu sambil menyusukan bayi manakala sebelah lagi untuk bermain game di telefon bimbit. 

Bayi yang diberi nama Reyhana itu dikatakan tidak mahu minum susu yang disuap bapanya sambil menolak puting botol keluar dari mulut menggunakan lidah. Shiddiq yang tidak memberi perhatian kepada bayi tersebut membiarkan sahaja Reyhana menangis dan kemudiannya senyap serta tidak bergerak.

Takut dipersalahkan, Shiddiq kemudian meletakkan semula anaknya di tempat tidur dan menepuk belakang bayi tersebut.

Baby3 1
gambar hiasan

Pada jam 10.20 pagi, datuk kepada bayi tersebut pulang dari pasar dan mendapati bahawa cucunya kelihatan pucat dan sudah tidak bernyawa. Sebaik menerima mesej daripada Shiddiq, isterinya segera pulang ke rumah.

“Punca kematian tidak dapat dipastikan. Tiada kesan-kesan pada badan bayi yang lemas, tetapi tercekik susu juga boleh jadi penyebab kematian,” kata Tony Won, penyiasat polis yang bertugas.

Walaupun bantuan pernafasan CPR telah diberikan kepada Reyhana sewaktu menunggu ketibaan polis dan paramedik, bayi tersebut dilaporkan meninggal di hospital pada hari yang sama.

Tiada ibu bapa yang terus mahir dalam mengasuh dan menjaga bayi sejurus anak dilahirkan, namun perhatian yang sepatutnya wajar diberikan kepada anak-anak terutamanya bayi yang masih kecil dan lemah. 

Baca: Bayi 5 Bulan Maut Kebuluran Selepas Ibu Bapa Mati Akibat Mengambil Dadah Berlebihan

Babyy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.