in

Bayi 5 Bulan Maut Kebuluran Selepas Ibu Bapa Mati Akibat Mengambil Dadah Berlebihan

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada sahaja berita kematian bayi dan kanak-kanak yang membuatkan kita marah apatah lagi ianya disebabkan kecuaian ibu bapa mereka sendiri. Seperti apa yang berlaku kepada seorang bayi berusia 5 bulan yang maut di dalam buaian ini.


Summer Chambers, 5, maut selepas mengalami dehidrasi dan kebuluran selama 5 hari. Kejadian itu dilaporkan berlaku di Johnstown, Pennsylvania. Kesiannya…

Baby
sumber: the sun

Pada 15 Disember 2016, kedua ibu bapa Summer dilaporkan menghisap dadah jenis fentanyl sebelum maut akibat overdose. Fentanyl adalah sejenis dadah seakan-akan Moprhine tetapi ianya memberi kesan yang lebih kuat.

Summer terbiar selama 5 hari di katilnya sebelum dilaporkan maut pada 20 Disember. Menurut jiran, mereka beranggapan bahawa keluarga itu tiada di rumah kerana tidak mendengar apa apa bunyi dari rumah mereka.

Baby2

Bapa Summer, Jason Chambers, 27 dan ibunya, Chelsea Cordaro,19 dikatakan sering menghisap dadah meskipun mempunyai bayi yang perlu dijaga.

Polis tempatan kini sedang mengesan individu yang membekalkan dadah berkenaan kepada pasangan itu. Menurut Koroner Jeff Lees, overdose itu adalah tidak disengajakan.

Terdapat bukti yang ditemui di tempat kejadian. Selain fentanyl, heroin dan perlengkapan dadah juga ditemui di kediaman mereka,” katanya.

Jason dijumpai di ruang tamu rumah manakala isterinya, Chelsea ditemui di bilik air dan anak mereka dijumpai di dalam buaian di tingkat atas kediaman. Mayat mereka sekeluarga dijumpai pada 22 Disember 2016 iaitu  satu minggu selepas kematian pasangan itu dan dua hari selepas kematian bayi berkenaan.

A1 1
sumber: theladbible

Lebih teruk lagi, ianya bukanlah pertama kali Jason mengalami overdose dengan dadah jenis fentanyl itu. Pada bulan November, perkhidmatan kecemasan dipanggil untuk memulihkannya dan pihak Perkhidmatan Kanak-kanak dan Belia turut melaporkan Summer dijaga dengan baik dan rumah mereka dalam keadaan baik.

Namun tidak sampai satu bulan, kesemua mereka (termasuk bayi yang tidak bersalah itu) maut. Tak fikir pasal anak ke sebelum buat perkara sia-sia macam tu….

Sangat sedih dan kecewa membayangkan kesengsaraan yang terpaksa dilalui bayi itu semasa masih hidup. 🙁

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.