in

Baru Selesai 13 Jam Soal Siasat Semalam Tapi Polis Mahu Panggil Rosmah Lagi

Rosmah Mansor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor semalam telah bertemu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk sesi soal siasat berhubung kes siasatan kes pengubahan wang haram.


Selepas 13 jam, Rosmah yang berpakaian serba hijau akhirnya keluar dari ibu pejabat SPRM kira-kira jam 10.40 malam dan hari ini keluar pula berita mengatakan, pihak polis akan panggil beliau lagi. 

Dob2Rd5Ucaau1T
sumber: berita harian

Menurut Harian Metro, Rosmah akan dipanggil polis bagi membantu siasatan berkaitan rampasan barang kemas di dua kediaman mereka sebelum ini. Timbalan Ketua Polis negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, Rosmah akan dipanggil semula dalam masa terdekat.

Rosmah akan dipanggil bagi mengenal pasti barang kemas yang dirampas daripada kediamannya di Lengkok Duta dan sebuah apartmen di Kuala Lumpur.”

Bukan itu sahaja, Noor Rashid juga berkata, Najib akan turut didakwa atas beberapa lagi kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan kes di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Najib 1
sumber: kosmo

Baru je nak rehat, dah kena panggil balik. Sabar jela yeeee….

Baca: 13 Jam Disoal Siasat, Netizen Risaukan Rosmah

Mah Kesian Kau Kan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.