Selepas hampir 13 jam disoal siasat, isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekitar jam 10.40 malam semalam (26 September). Fuhh lama betul 13 jam!
Menurut Malaysiakini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki jugak menafikan spekulasi yang mengatakan Rosmah akan didakwa hari ni.
“Tidak, (Rosmah tidak akan didakwa hari ini),” katanya melalui pesanan ringkas.
Macam manapun, kehilangan Rosmah Mansor selama 13 jam sebenarnya telah menimbulkan kerisauan di kalangan netizen yang tertanya-tanya apa yang berlaku kepada bekas FLOM tu di dalam ibu pejabat SPRM.
Perkara ni menimbulkan tanda tanya orang ramai sehingga ada yang buat memes gambar Rosmah memakai baju serba hijau di dalam jel. Ada-ada je korang ni ye!
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1835269979874899&set=a.756192594449315&type=3
Selain tu, ada di kalangan netizen jugak risau bagaimana keadaan Rosmah ketika disoal siasat oleh SPRM. Macam-macam komen memenuhi posting berita kat media sosial. Amboi rindu pulak korang dengan Kak Mah ye!
Sementara tu, menurut sumber, pihak SPRM sebenarnya dah benarkan Rosmah untuk pulang pada jam 6.30 petang dan menyambung semula sesi soal siasatnya pada esok hari. Tapi Rosmah sendiri yang minta soal siasat tu dilanjutkan pada hari sama supaya beliau tak perlu lagi datang lepas ni. Oh macam tu…
Macam manapun, Rosmah yang kelihatan lesu lepas melangkah keluar dari bangunan SPRM sempat tersenyum dan berkata, “Alhamdulillah, saya okey” bila ditanya wartawan yang berkumpul di sana.
Korang jangan risaulah. Bekas isteri PM kita ni tabah dan kuat orangnya…
Baca: Rosmah Pilih Tema ‘Hijau’ Ke SPRM Hari Ni