in

“Baru nikah tapi dah ada ‘baby bump’ “-Wanita Ini Akhirnya ‘Buka Mulut’ Lepas Ramai Netizen Komen Benda ‘Tak Elok’

Itu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral satu video dekat Tiktok mengenai pasangan pengantin yang mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen sebab nampak ada ‘baby bump’ dekat bahagian perut wanita dalam video tersebut.


Dalam video itu, wanita itu terangkan yang anak dalam kandungannya itu sudah berusia 6 bulan pada 7 Februari 2021.

Capture 40

Menurut mStar, video tersebut pada asalnya berdurasi 1 minit 8 saat, tapi disebabkan video dekat Tiktok cuma hadkan untuk 1 minit sahaja, so, video 8 saat terakhir terpotong secara automatik. Video 8 saat terakhir itu patutnya tunjukkan simbolik ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Tapi, nak buat macam mana, terlebih tempoh seminit pula.

Sebabkan video itu tak dapat dimuatnaik sepenuhnya sampai habis, ramai netizen tak tahu cerita sebenar sampai ada yang komen benda-benda ‘tak elok’.

” Menikah masa mengandung?, ” antara komen netizen yang mencetuskan persoalan lepas tengok video viral itu.

 

Penjelasan sebenar 

Mesra dipanggil Hasniza, ‘pengantin perempuan’ itu jelaskan sebenarnya dia sudah berkahwin setahun yang lalu pada 7 Februari 2020. Video dia dan suaminya memakai baju pernikahan mereka itu hanyalah sebagai kenangan usia perkahwinan mereka selama setahun.

Sd

“Kami dah beli tiket penerbangan ke Langkawi untuk sambut ulang tahun perkahwinan selama empat hari tiga malam. Tapi, terpaksa ditangguhkan sebab PKP.”

Disebabkan tak dapat sambut ulang tahun perkahwinan di Langkawi seperti yang dirancang, wanita itu ajak suami dia buat video sambil mengenakan busana perkahwinan mereka sebagai kenang-kenangan. Alahai, comel je buat video sama-sama.

“Tapi tak sangka pula video baju pengantin ketika saya mengandung tu banyak keluar di Tiktok sehingga menjadi perhatian mereka yang tidak tahu saya telah berkahwin.”

Hasniza kini menantikan kelahiran cahaya mata pertamanya yang dijangka pada awal Jun nanti.

Capture 39

Sama-sama la kita doakan wanita tu dipermudahkan urusan kelahirannya pada Jun nanti.

 

Sumber: mStar

Baca: “Nampak baby bump”- Fasha Sandha Hamil?

Capture 37

Sumber: mStar
Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.