“Nampak baby bump” – Fasha Sandha Hamil?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sebelum ini pelakon popular, Fasha Sandha terpaksa melupakan hasrat untuk menyambut ahli keluarga baharu susulan keguguran, Jun lalu.

Berita sedih yang dikongsi Fasha menerusi laman Instagramnya itu turut dirasai peminatnya yang turut sama mendoakan Fasha dan suaminya, Aidil Aziz tidak berputus asa untuk hamil lagi.

Sumber: Instagram

Terbaharu beberapa keping gambar yang dikongsi Fasha telah mencetuskan persoalan netizen kerana menampakkan susuk tubuhnya seperti sedang hamil.

Rata-rata netizen mengesyaki Fasha kini sedang mengandung namun tidak diiyakan tuan empunya badan.

Sumber: Instagram

Kebanyakkan pengikut juga menulis kata-kata tahniah dan mendoakan keselamatan bayi dalam kandungan serta dirinya sehingga bersalin.

Sumber: Instagram

Jika betul, Alhamdulillah dan tahniah buat Fasha dan Aidil.

Baca: “Menitik air mata, syahdunya” – Netizen Sebak Lihat Kebahagian Fasha & Aidil Dalam Video Klip Perkahwinan Terbaru Mereka

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sarah M. Khir

Suka makan dan pandai masak untuk laki dan anak kite je :) and peminat Ella yeahhh