in

“Dia berlagak sangat!” – Remaja Kena Seksa & Bunuh Oleh Dua Rakan Karib Sebab Bongkak Muka Cantik

Bunuh Kawan

Dua remaja Rusia ditahan pihak berkuasa untuk membantu siasatan pembunuhan seorang gadis yang juga merupakan rakan karib serta bekas rakan sekelas mereka. Menurut Daily Mail, mayat Victoria Averina atau dikenali sebagai Vika ditemui di sebuah bangunan yang ditinggalkan dekat Arkhangelsk, Rusia.

Pihak polis pada mulanya mengesyaki pembunuhan itu dibuat oleh seorang lelaki gila yang obses dengan Vika. Namun, selepas siasatan dilakukan, terbongkarlah cerita sebenar di sebalik kematian remaja berusia 17 tahun itu.

Dua rakan karib mangsa, Lina dan Irina mengaku melakukan jenayah kejam terbabit kerana tidak berpuas hati dengan perangai Vika yang dikatakan suka berlagak.

Dia selalu rasa dia lebih cantik daripada rakan-rakannya. Dia sangat berlagak sebab mukanya yang cerah dan menarik.”

Difahamkan, ketika kejadian, Lina dan Irina ‘memancing’ Vika ke sebuah bangunan terbiar dan di sana mereka terus menyerang gadis itu. Salah seorang memegang Vika dan seorang lagi menyerahkan botol yang nak digunakan untuk bunuh mangsa.

Mereka kemudian pecahkan botol tu dekat bahagian kepala mangsa dan terus menoreh serpihan kaca ke muka mangsa sebelum mencekiknya sampai mati. Selepas membunuh rakan karib sendiri, kedua-duanya terus pulang ke rumah dan menurut polis mereka berpura-pura terkejut ketika dimaklumkan tentang penemuan mayat Vika.

Lina dan Irina dilaporkan berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun jika didapati bersalah. Kes masih dalam siasatan pihak polis.

Baca: “Sakit hati dikutuk…” – Pengacara TV Maut, Lelaki Mengaku Bengang Dengan Perangai Mangsa Kuat Mengejek

Bunuh Pengacara Tv