“Baru baik dari kanser”- Tular Video Pelajar Dibelasah Beramai-ramai, 7 Suspek Ditahan Polis

Tambah ke Sumber Pilihan
“Baru baik dari kanser”- Tular Video Pelajar Dibelasah Beramai-ramai, 7 Suspek Ditahan Polis

Kes buli membabitkan pelajar sekolah dilihat semakin menjadi-jadi. Terbaharu, tular satu video yang membabitkan sekumpulan pelajar sekolah menengah membuli seorang pelajar lelaki di sebuah taman permainan di kawasan Putri Wangsa, Johor Bahru.

Menerusi video berdurasi kurang seminit itu, memaparkan seorang remaja lelaki dipukul, ditendang dan dipijak bertubi-tubi sekumpulan pelajar lain dan mangsa dilihat tidak melawan.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan netizen, mangsa sebenarnya sudah lama dibuli dan baru pulih daripada sakit kanser.

Screenshot 2023 08 15 112835

Screenshot 2023 08 15 112558Sumber: Twitter

Perbuatan sekumpulan pelajar itu sememangnya membuatkan netizen berasa berang dan mahu tindakan tegas diambil terhadap pelaku supaya dapat memberi pengajaran kepada mereka.

7 suspek sudah ditahan

Memetik sumber Harian Metro, polis berjaya menahan enam suspek lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing yang semuanya berusia antara 14 hingga 17 tahun.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada 9 Ogos lalu dan pengadu mengalami cedera lebam di bahagian lengan kiri dan kanan, bengkak di bahagian peha sebelah kanan dan mengalami kesakitan di keseluruhan tubuh badan.

Kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, hasil siasatan awal mendapati suspek utama tidak berpuas hati dengan mangsa yang dipercayai berkawan dengan teman wanitanya.

Menurut polis, tujuh suspek dibawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapatkan tempoh reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 kanun keseksaan.

Baca: “Kawan semua gelakkan saya” – Ibu Kesal Anak Diejek Kerana Tudung ‘Tajam’, Pesan Jaga Percakapan
Anak Diejek Tudung Tajam

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Baru baik dari kanser”- Tular Video Pelajar Dibelasah Beramai-ramai, 7 Suspek Ditahan Polis
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/baru-baik-dari-kanser-tular-video-pelajar-dibelasah-beramai-ramai-7-suspek-ditahan-polis/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM