Zaman moden ini, tidak dinafikan anak-anak terutamanya yang dalam usia remaja, terlalu mengikut beauty standard atau trend yang dimomokkan dalam media sosial.
Terbaru, seorang ibu merasa kesal apabila anak perempuannya dikatakan diejek oleh rakan sekolah hanya kerana memakai tudung ‘tajam’, ia dimaksudkan dengan gaya lipatan di bahagian muka yang tirus ke atas.
@henylaaaaaaaa Mentally bullied!
Dalam perkongsian tersebut, pengguna TikTok @henylaaaaaaaa berkata anaknya itu bertindak luar dari kebiasaan apabila mengambil masa hampir sepuluh minit membuka dan memakai semula tudungnya hanya kerana ‘tudung tak jadi’.
“I tanya dia, kenapa ni? Apa masalah tudung tu, mummy tengok okay je. Dia balas, takde, tudung ni tajam. Kawan kawan semua gelakkan saya. Saya malu dia kata.” luah ibu itu.
Ibu berkenaan hampa dengan situasi yang dihadapi oleh anaknya itu, dia berkata ini merupakan salah satu jenis buli atau lebih tepat lagi buli secara mental.
Dia turut berpesan kepada semua orang dewasa untuk tidak menghina fizikal seseorang kerana perkara itu akan membuatkan individu lain berkecil hati dan merendah diri akibat terlalu malu.
“Memang benda tu nampak kelakar, tapi benda tu affect emosi ya. Anak I sampai taknak pergi sekolah, tak pernah-pernah dia taknak pergi sekolah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, ibu berkenaan berpesan kepada anaknya untuk pertahankan dirinya dengan membalas dengan kata-kata kerana dia sendiri sudah tidak tahu bagaimana cara untuk memujuk anak perempuannya itu.
Take note guys, jaga percakapan kita ok?
Baca: “Depa cakap cacat” – [VIDEO] Balik Sekolah Menangis, Ibu Dedah Anak Diejek Rakan Kerana Adik OKU