Baru 24 Tahun, Anak Malaysia Ni Dah Terlibat Dalam Lebih 100 Filem di Amerika Syarikat!

Tambah ke Sumber Pilihan
Baru 24 Tahun, Anak Malaysia Ni Dah Terlibat Dalam Lebih 100 Filem di Amerika Syarikat!

Nak kejar impian bukan sesuatu yang mudah. Tambah-tambah kalau kat tempat orang. Tapi dengan fokus dan keazaman, tak mustahil kita boleh berjaya, macam lelaki ni!

Menurut WORLD OF BUZZ, lelaki dikenali sebagai Josh Woo ni berusia 24 tahun tapi dah bekerja di set untuk lebih 100 buah filem di Amerika Syarikat. Wow, memang power lah! Josh adalah seorang pengarah dan cinematographer kelahiran Malaysia.


As
Sumber: WOB

Nekad nak kejar impian, Josh pindah ke Amerika Syarikat masa umur 20 tahun dan mula mengorak langkah untuk realisasikan impian dia nak jadi pembuat filem. Mudanya! Kita time umur 20 tu kalau boleh masih nak mak tolong basuhkan baju lagi, ye tak? 

Dibesarkan di Kuala Lumpur, Josh memang minat sangat dengan filem dan televisyen sejak dia kecil lagi.

“Saya suka filem dan televisyen lebih daripada segala-galanya dalam dunia ni, jadi memang dah boleh nampak la saya akan pursue bidang ni.”

Img 8315
Sumber: WOB

“Saya dulu belajar art stream masa kat Malaysia. Saya tak pernah did well dalam subjek apa-apa pun kat sekolah, tapi subjek arts memang rasa kena sangat dengan jiwa saya,” kata Josh.

Mengakui yang dia sebenarnya tak pasti nak buat apa lepas habis sekolah, Josh cerita yang ibu bapa hadiahkan dia kamera masa dia umur 17 tahun. Waktu tu dia rasa selesa sangat dengan kamera. Lepas habis sekolah Josh ambil degree kat Taylor’s University dan terbang ke Chicago untuk menghadiri kelas perfileman kat sana.

20293011 1352626078118913 4040121326201639715 N
Sumber: WOB

Tapi biasalah bila bercita-cita yang besar ni, cabarannya mesti ada. Ramai tak percaya yang Josh mampu capai impian dia dan duk kritik anak muda berjiwa besar ni.

“Ramai kata I wasn’t going to make it. Sebab saya budak arts stream, so dorang ada stigma yang budak arts ni takkan berjaya sangat, tambah-tambah kat negara orang.”

Tapi Josh buktikan yang stigma tu semua tak betul dan dia dah berjaya hasilkan dua buah filem award-winning, Sarah’s Moving On dan Phil The Film. Wow! Dengan filem Sarah’s Moving On tu Josh menang Award of Commendation sebagai pengarah dalam Festival Filem Pendek Kanada.

Awards 1
Sumber: WOB

Sekarang ni Josh tengah shooting satu show kat Netflix dan dah siapkan satu feature film kat Chicago. Suatu hari nanti Josh harap dia akan dapat sumbangkan skill dan hasil kerja dia dalam industri perfileman Malaysia pula.

Siapa kata anak Malaysia tak boleh berjaya kat luar negara? Lagi-lagi budak arts stream! Dengan keazaman yang tinggi dan usaha keras, tak mustahil korang boleh jadi macam Josh suatu hari nanti. Malaysia Boleh!

Baca: Salute! Anak Malaysia Ini Jadi Pensyarah Asia Tenggara Pertama di Universiti Rusia

Yas

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Asma' Razak
Lagi tulisan Asma'
Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Baru 24 Tahun, Anak Malaysia Ni Dah Terlibat Dalam Lebih 100 Filem di Amerika Syarikat!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/baru-24-tahun-anak-malaysia-ni-dah-terlibat-dalam-lebih-100-filem-di-amerika-syarikat/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM