in

Salute! Anak Malaysia Ini Jadi Pensyarah Asia Tenggara Pertama di Universiti Rusia

Hazmi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak kelahiran Malaysia sejak akhir-akhir ni tak putus-putus membanggakan negara dengan kejayaan yang mereka peroleh di peringkat antarabangsa. Terbaru hari ini, seorang anak Malaysia telah mewakili Asia Tenggara selepas menjadi pensyarah jemputan pertama yang dijemput sebagai Pensyarah Pelawat di School of Law, Far Eastern Federal University (FEFU) di Vladivostok, Rusia.


10868016 10204645706835121 3585804530096980314 N
sumber: facebook

Menurut Astro AWANI, Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli, 36, telah dijemput dek kerana kepakarannya dalam undang-undang laut antarabangsa terutamanya di Selat Melaka dan Singapura. Fuh dasyat! 

Dalam temubualnya bersama AWANI, Mohd Hazmi menjelaskan bahawa kepakarannya diperlukan di Rusia dalam mengembangkan sistem undang-undang laut di sana. Malah, pihak FEFU mula tertarik dengannya selepas melihat kajian PhD Mohd Hazmi berkaitan alam sekitar marin dan navigasi antarabangsa di Selat Melaka dan Selat Singapura. 

61520310943 Profesor
sumber: astro awani
41520305792 Freesize
sumber: astro awani

Beliau yang juga pensyarah kanan di USIM merasa sangat berbangga dengan kepercayaan yang diberikan pihak FEFU kepadanya dan merupakan satu penghormatan besar buat sistem pendidikan tinggi di Malaysia.

“Rusia turut mengagumi negara kita kerana walaupun Malaysia bukan sebuah negara maritim yang besar tetapi kita berupaya mengawal aktiviti perkapalan dan melindungi alam sekitar di kawasan Selat Melaka.

“Tanpa kepakaran daripada Malaysia, ekonomi dunia akan terganggu kerana Selat Melaka merupakan antara laluan perkapalan yang tersibuk di dunia,” jelasnya yang kini sudah empat kali dijemput ke FEFU.

61520305777 Freesize
sumber: astro awani

Mohd Hazmi kini berada di Rusia sejak 2 Mac lalu hingga 9 Mac ini untuk menyampaikan tiga syarahan termasuk satu sesi motivasi kepada pelajar di sana. Di samping itu, beliau juga akan menyampaikan syarahan mengenai isu jerebu dan lautan yang berlaku di Asia Tenggara serta mengambil peluang ini untuk mempromosi Malaysia.

Semoga terus sukses Dr Hazmi! 

Baca: Kenali Wan Nur Mafudah, Anak Melayu Pertama Menjadi Juara Peperiksaan ACCA Dunia

Jaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.