in

Bapa Tiri Dera Anak Hingga Mati Namun Menipu Untuk Tutup Kesalahan

Adik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peranan seorang ayah di dalam sebuah keluarga amatlah penting. Merekalah yang sepatutnya menjadi ketua dan juga pelindung keluarga dari sebarang ancaman ataupun bahaya.


Namun tidak semua bapa berpegang pada prinsip itu malah mereka pula yang menjadi punca penderitaan seorang anak.

Muhammad Hairi Amsyar Abdul Rahman yang baru saja berumur 5 tahun telah disahkan meninggal dunia pada 3.30 pagi tadi akibat didera bapa tiri sendiri.

4 12
sumber : berita harian

Sekitar jam 2.30 pagi semalam, ibu Hairi baru sahaja sampai ke rumah setelah penat bekerja di Felda Tenang, Jertih. Tibanya di rumah, dia terkejut melihat anaknya terbujur kaku di depan matanya.

Dia terus meraung memanggil suaminya yang ketika itu sedang lena tidur di dalam bilik.

Setelah mengejut suaminya, dia meminta bantuan jiran berdekatan unutk menghantar mangsa ke Hospital Besut namun anaknya meninggal tidak lama lepas itu.

1 28
sumber : kinderasia

Menurut Harian Metro, dia disahkan meninggal dunia selepas menerima pemeriksaan di Unit Kecemasan Hospital Besut pada jam 3.30 pagi semalam. Keputusan bedah siasat menunjukkan terdapat hentakan kuat di bahagian bawah belakang mangsa itu.

Hentakan tersebut telah mengakibatkan koyakan pada usus kecil yang menyebabkan ‘peritonitis’ atau keradangan yang menjadi punca utama kematian anak kecil itu.

5 11
sumber : berita harian

Apabila pihak hospital bertanya pada bapa tirinya tentang kecederaan tersebut, dia telah menipu dan mendakwa bahawa anak tirinya telah cedera akibat terjatuh motor. Mujur mereka tidak percaya akan dakwaan tersebut lantas menghubungi pihak polis untuk membuat siasatan lanjut.

Setelah siasatan dibuat, mangsa dipercayai telah didera oleh bapa tirinya sendiri dan insiden itu mengakibatkan anak kecil tersebut meninggal dunia akibat kecuaian seorang bapa.

Semoga adik tenang di sana. Takziah!

Baca : Kanak-kanak 4 Tahun Cedera di Dahi, Badan dan Pendarahan di Kemaluan Akibat Didera Ibu dan Kekasih

7 2 E1498731976718

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.