Bapa Sang*p Raba, Pegang Kemaluan dan Cium Anak Perempuan Berkali-kali

Tambah ke Sumber Pilihan
Bapa Sang*p Raba, Pegang Kemaluan dan Cium Anak Perempuan Berkali-kali

Memanglah kata orang, selalunya anak perempuan lebih cenderung manja dengan bapa kan? Tapi apa yang si bapa ni buat macam agak keterlaluan….

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang bapa di China jadi perhatian netizen lepas video rakaman aksi dia dan anak perempuannya dalam train jadi viral.

Bapa Raba 2
Sumber: Youtube

Kejadian yang berlaku di dalam keretapi berkelajuan tinggi dari Guangdong ke Jiangxi tu berjaya dirakam oleh seorang penumpang yang beranggapan bahawa tindakan lelaki itu agak keterlaluan untuk dilabel sebagai ‘bergurau’ dengan anak.

Kata perakam, dia menyangka dua individu itu sebagai anak dan bapa sebab budak tu memanggil lelaki tersebut dengan panggilan ‘Papa’. Lelaki tu dianggarkan berusia dalam lingkungan 30an manakala budak perempuan tu mungkin di usia 5 atau 6 tahun, sedang duduk di atas pahanya.

Bapa Raba 1
Sumber: Youtube

Melalui rakaman video tu, lelaki tersebut boleh dilihat meraba-raba sambil menyelak baju anaknya. Bukan tu je, dia juga dirakam seolah-olah terlalu ghairah mencium anaknya itu.

Bapa dia bukan setakat cium pipi tapi satu badan termasuk bibir dan leher. Tak cukup dengan cium, beberapa kali lelaki tu dirakam menyentuh bahagian sulit anak dia!

Bapa Raba 6
Sumber: Youtube

Papa, sakit. Jangan sentuh punggung saya lagi.”

Itulah yang budak tu katakan dengan kuat tanda memprotes tindakan bapa dia.

Sepanjang rakaman video tu, korang boleh nampak yang budak kecil tu memang tak selesa dan cuba sehabis baik untuk lepaskan diri daripada genggaman bapa dia. Selain tu, dia juga menggunakan tangan untuk halang bapanya daripada terus menerus mencium dan turut menolak muka lelaki tu.

Ramai netizen yang tonton video ni akui terkejut dengan keakraban dan kemesraan luar biasa tu. Malah ada juga yang kecam tindakan individu yang merakam ni sebab tak masuk campur dan halang tindakan lelaki tu.

Bapa Raba 2

Bapa Raba 4
Sumber: Youtube

Apa yang lagi mengejutkan, kata si perakam, ibu dan nenek budak tu duduk hanya di sebelah tempat duduk mereka tapi masing-masing budak tak endah. Ibu dia malah leka dengan telefon bimbit sepanjang masa. Difahamkan, pihak polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kes itu dan menggesa saksi untuk berbuat sedemikian.

Tengok video tu, admin pun rasa lain macam je!

https://www.youtube.com/watch?v=Dfkqu4s3Q3g

Korang rasa aksi mesra tu normal ke atau keterlaluan? Cuba share pendapat dekat komen!

Baca: Kanak-kanak 7 Tahun Dicabul Datuk Berusia 53 Tahun dan Bapa Saudara Sejak Mei Lalu

Bapa

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Bapa Sang*p Raba, Pegang Kemaluan dan Cium Anak Perempuan Berkali-kali
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/bapa-sangp-raba-pegang-kemaluan-dan-cium-anak-perempuan-berkali-kali/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM