in

“Bapa durjana!” – Lelaki 61 Tahun Rogol Anak Kandung OKU, Lepas Tu Bagi Kawan Pula ‘Ratah’

Bapa Durjana

Sudahlah durjana sebab sanggup merogol anak sendiri, lepas tu boleh pula bersubahat dengan rakan sekali. Itulah yang dilakukan seorang bapa ‘setan’ dari Arau, Perlis kepada anak perempuannya.

Menurut Harian Metro, lelaki berusia 61 tahun itu telah merogol anak kandungnya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) pembelajaran dan telah bersetuju untuk memberi mangsa kepada rakannya pula.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata perkara ini terbongkar selepas mangsa yang berusia 28 tahun membuka mulut kepada jirannya sebelum dibawa buat laporan polis.

“Menurut keterangan mangsa, bapanya merogol dia di rumah mereka pada 8.30 malam pada Mei lalu.

“Kemudian pada bulan yang sama, mangsa dibawa oleh rakan bapanya ke sebuah kebun sebelum rakan suspek bertindak merogolnya di dalam kebun berkenaan.”

Difahamkan, bapa mangsa dan rakannya yang berusia 53 tahun itu telah direman selama 7 hari bermula hari ini untuk membantu siasatan. Menurut Noor Mushar, mangsa tidak tahu untuk melaporkan berkenaan kerana tidak mampu bercakap dengan jelas.

“Mangsa tidak tahu untuk melaporkan perkara berkenaan kepada sesiapa selain dia juga tidak mampu bertutur dengan jelas.

“Malah keadaan ibu dan adik mangsa juga berstatus OKU pembelajaran sepertinya, secara tidak langsung menyukarkan lagi keadaan mangsa yang seolah-olah berada dalam keadaan tersepit.”

Arahan pemeriksaan khusus di hospital sudah dikeluarkan ke atas mangsa untuk tujuan pemeriksaan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Hasil laporan awal perubatan mengesahkan mangsa mengalami koyakan lama pada kemaluan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Layak ke dipanggil bapa kalau perangai setan macam ni?

Baca: Bapa Durjana! Rogol 5 Anak Sampai Lahirkan Bayi

Featured 1