in

Bapa Durjana! Rogol 5 Anak Sampai Lahirkan Bayi

Rasanya dah selalu sangat kita dengar kes rogol melibatkan orang yang dekat dan rapat dengan kita. Sepatutnya orang itu menjadi individu yang paling kita percaya tapi sebaliknya pula yang berlaku.

Gambar Hiasan

Kes yang berlaku di Kalimantan Barat, Indonesia ini bukti kepada peribahasa ‘Haruan Makan Anak’ yang sepatutnya tak berlaku pun dalam institusi kekeluargaan, institusi yang sepatutnya dibina atas faktor kasih sayang.

 

Rogol 5 anak sendiri sampai lahirkan bayi

Memetik berita Astro Awani, seorang ayah tergamak merogol lima anak perempuannya sehingga salah seorang daripada mangsa melahirkan bayi..Ni namanya bapa durjana!

Gambar Hiasan

Suspek yang dikenali sebagai YS berusia 49 tahun itu bagaimanapun telah ditahan di rumahnya di Sungai Kakap, Kabupaten Kubu Raya di Kalimantan Barat pada Sabtu.

Itu pun lepas salah seorang mangsa mengadu perbuatan keji tersebut kepada ibunya sebelum ibunya bertindak membuat laporan polis..Nasib baik buat report

Korang nak tau apa yang lagi kejam? Hasil soal siasat polis keatas salah seorang mangsa yang berusia 16 tahun mendapati yang mangsa tersebut telah mula dirogol sejak 2017, maksudnya dah 2 tahun berlaku..Aishhh! Kenapa tahun ni baru terbongkar.

Polis kini sedang menjalankan pemeriksaan dan soal siasat keatas 4 mangsa yang lain.

Jangan bagi muka kat orang yang macam ni!

Baca : Sampai trauma budak tu 3 Kali Rogol Anak Tiri 14 Tahun, Lelaki Ini Sedang Diburu