in

Bapa Durjana Dera Anak Lelaki Berusia 5 Tahun Hingga Patah Peha Kiri

T

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar di sebelah kanan sekadar hiasan. 


Siapa yang tak sayang anak? Hanya mereka berhati batu dan tidak mempunyai perasaan saja yang sanggup mendera anak mereka sendiri hingga mendatangkan kecederaan serius.

Menurut Malaysian Digest, seorang penjual nasi ayam bertindak seperti manusia tidak berperikemanusiaan apabila telah mendera anak kandungnya yang berusia lima tahun sembilan bulan sehingga patah peha kiri. Kesiannya! 

Selain dari kecederaan di bahagian peha, Tan Keng Hong, 27, juga telah memukul anak lelakinya hingga mengakibatkan kesan lebam pada bahagian lengan dan badan mangsa di rumah mereka dekat Jalan Burung Enggang, Taman Maluri antara pukul 9 dan 9.30 malam.

Keng Thong Utusan Online
sumber: malaysian digest

Sabit dari kesalahan tersebut, pihak mahkamah memutuskan suspek untuk menerima hukuman penjara 10 tahun kerana mengakibatkan kecederaan dengan sengaja.

Pun begitu, Keng Hong yang tidak diwakili sebarang peguam merayu supaya hukumannya diringankan kerana dia perlu menanggung isterinya yang tidak bekerja dan menjaga ibunya yang uzur dengan pendapatannya yang bernilai RM3,000 ke RM4,000 sebulan sebagai penjual nasi ayam.

Hmm masa pukul anak tu tak ingat. Sekarang baru terkenang tanggungjawab??

“Saya sangat sedih bila melihat badan anak saya lebam dan ce­dera teruk. Saya menyesal dan berjanji dengan mahkamah bahawa saya tidak akan melakukan perbuatan ini lagi,” kata suspek sambil mengesat air mata dengan kolar bajunya.

Images
gambar hiasan

Kejadian yang menimpa budak lelaki tersebut telah diadukan kepada pihak polis oleh seorang doktor di Hospital Selayang selepas mendapati mangsa mempunyai kecederaan dan lebam serta bengkak di muka dan tangan selain patah pehanya.

Buat masa ini mangsa tinggal dibawah jagaan datuknya dan suspek bakal didakwa di bawah Akta Kanak-kanak 2001 atas kesalahan mendera dengan sengaja.

Beringat-ingatlah sebelum nak buat sesuatu. Nak menyesal sekarang pun dah tak ada guna. Kasihan anak jadi mangsa! 

Baca: Ibu Tiri Dakwa Anak 3 Tahun Maut Kerana Jatuh di Bilik Air, Rupa-rupanya Didera Sehingga Meninggal Dunia

Deraaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.