“Gangster ke ni?” – Bapa Bertongkat Hanya Mampu Tengok 20 Lelaki Pecah Masuk Rumah & Serang Anak-anak Dengan Parang

Benda yang paling menyedihkan sebagai ibu bapa adalah bila kita hanya boleh tengok anak kita sakit atau menderita, dan kita tak mampu nak buat apa-apa untuk bantu dorang dalam keadaan itu.

Ini apa yang berlaku pada satu keluarga yang duduk di Kampung Kuala Temekah, Kedah bila keluarganya diserang oleh 20 lelaki berparang semasa dorang sedang tidur di rumah.

Sumber: Awani

Menurut Awani, pada 24 September lepas kira-kira pukul 1.40 pagi, sekumpulan lelaki terdiri dari 20 orang bersenjata telah memecah masuk ke dalam rumah milik R. Mogan semasa keluarganya sedang tidur.

Bersenjatakan parang, 20 lelaki yang datang dengan 10 motosikal ni memulakan serangan mereka dengan merosakkan semua motor dan kereta di rumah tersebut untuk menghalang keluarga ni dari melarikan diri.

Sumber: Awani

Dorang kemudiannya rosakkan halaman depan rumah keluarga malang ni sebelum masuk ke dalam dan menyerang keluarga ini. Mangsa dorang adalah tiga anak lelaki R. Mogan iaitu M. Linges, M. Devannayar, dan M. Ramanayar.

Sumber: Awani

Lelaki-lelaki ini mula mengelar badan tiga lelaki ini sementara R. Mogan yang memerlukan tongkat untuk berjalan dan isterinya hanya mampu tengok anak mereka menjerit kesakitan meminta pertolongan ketika diserang. Alahaiii

Sumber: Awani

Akibat dari serangan ini, tiga lelaki ini mengalami kecederaan di badan, lengan dan kaki mereka dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Menurut Supt. Syed Basri Syed Ali, tiga dari 20 lelaki yang terlibat dalam serangan ini telah pun ditahan di Kuala Ketil sementara pihaknya masih mencari suspek yang lain.

Entah apalah motif dorang datang ramai-ramai serang orang ni. Ngeri!

 

Baca: “Kau yang malas” – Bengang Kena Marah Sebab Tak Basuh Pinggan, Lelaki Kelar Housemate Dengan Parang

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson