in

Bapa Anzalna Rasa Dizalimi, Dipecat Dari Jadi CEO FINAS Dalam Tempoh 24 Jam

Finas Pecat Bapa Anzalna Md Nasir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, sudah beberapa kali isu melibatkan ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dipecat yang menjadi perbualan ramai.


Kali ini, yang terbaharu, Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim yang telah menjadi CEO agensi itu sejak 2021 telah dipecat dalam tempoh 24 jam, lima bulan sebelum tarikh yang sepatutnya.

Menurut Malaysiakini, penamatan perkhidmatan itu berkuat kuasa semalam (1 Jun 2023).

“Ini langkah penjajaran semula” – FINAS 

FINAS dalam kenyataannya menjelaskan bahawa tindakan tersebut diambil sebagai langkah penstrukturan semula organisasi bagi memastikan industri filem tanah air bergerak lancar.

Perkara ini langkah penjajaran semula (recalibration) ke atas dasar, program dan aktiviti industri kreatif terutamanya industri perfileman.

“Inisiatif ini diharap dapat membantu penggiat filem negara menghasilkan filem berkualiti yang mempunyai nilai pasaran tempatan dan antarabangsa yang tinggi,” katanya kenyataan tersebut.

Finas Malaysia

Dengan berakhirnya kontrak Md Nasir, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Finas, Rozita Waty Ridzuan, menjalankan tugas CEO untuk sementara waktu.

Satu tindakan zalim, mangsa tikam dari belakang 

Susulan pemecatan tersebut, Prof Dr Md Nasir dalam sidang media semalam menyatakan bahawa pemecatan dalam 24 jam tanpa alasan kukuh merupakan satu tindakan zalim dan menjadi mangsa yang ditikam dari belakang.

Menurut Kosmo, bapa Anzalna ini juga tidak menafikan memang ada pihak yang mahu menjatuhkannya dan wujud campur tangan politik serta unsur kroni dalam perbadanan tersebut.

Md. Nasiir Ibrahim

“Hari ini saya mahu membersihkan nama saya yang dipecat secara tiba-tiba sedangkan penamatan kontrak ini adalah bukan kerana salah laku, supaya tidak menimbulkan fitnah. 

“Sebenarnya saya terkejut apabila menerima notis penamatan kontrak itu daripada Pengerusi Finas, Datuk Kamil Ahmad Mohd Othman sekitar pukul 4.30 petang semalam.

“Saya anggap diri saya dizalimi dan secara peribadi saya tidak menolak wujud unsur kroni dalam pentadbiran Finas yang kurang bersetuju dengan pendirian saya hingga enggan bagi kerjasama.

“Perkara ini memang tidak bagus, namun berlaku dalam mana-mana organisasi kerana ada manusia susah untuk terima teguran,” jelasnya.

Tambahnya lagi, beliau telah bekerja tanpa had waktu dan hari demi memastikan industri perfileman negara dapat dipulihkan selepas negara kita dilanda wabak Covid-19.

Antara perkara yang menjadi tumpuannya ialah untuk menstrukturkan agensi tersebut supaya lebih berdaya saing dan dapat beri perkhidmatan yang efektif dan efisien.

Sepatutnya hari ini saya meraikan sambutan Hari Finas ke-42 bersama warga perbadanan, namun saya reda,” katanya lagi.

“Ia keputusan lembaga pengarah FINAS” 

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang mengulas isu pemecatan tersebut berkata, penamatan kontrak Md Nasir sebagai CEO adalah keputusan Lembaga Pengarah FINAS.

Keputusan dibuat sebagai langkah penstrukturan semula beberapa dasar dan rombakan penyelarasan bagi hala tuju masa depan agensi itu.

Whatsapp Image 2023 06 01 At 18

Mereka (FINAS) sudah memaklumkan kepada saya, ia keputusan berdasarkan beberapa perkara yang ingin dilaksanakan termasuk satu rombakan penyelarasan, penjajaran semula (recalibration) mengenai beberapa dasar dan dapatan yang diterima.

“Ia juga pandangan daripada Lembaga Pengarah mengenai hala tuju masa depan FINAS,” katanya ketika ditanya pemberita.

FINAS sebelum ini juga telah merakamkan ucapan penghargaan kepada Md Nasir atas segala sumbangan dan jasa baktinya selaku CEO bermula 1 November 2021 sehingga semalam.

Jawatan CEO FINAS ni kerusi panas ye… sebelum ini Ahmad Idham, lepas tu bapa Anzalna pula. 

Baca: Isu Adegan Panas Dalam Filem Pulau, FINAS Nafi Beri Kelulusan Tayangan

Finas

Sumber: Bernama
Sumber: Kosmo
Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.