in

Isu Adegan Panas Dalam Filem Pulau, FINAS Nafi Beri Kelulusan Tayangan

Finas Pulau Adegan Panas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari ini, filem tempatan bergenre thriller seram, Pulau menjadi topik hangat yang diperkatakan di media sosial.


Filem Pulau bukan sahaja berdepan dakwaan meniru poster filem antarabangsa, Fantasy Island yang ditayangkan pada tahun 2020, malah turut menerima kritikan hebat orang ramai susulan adegan panas yang dipertontonkan menerusi trailer filem terbabit.

FINAS nafi beri kelulusan tayangan

Susulan kontroversi itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menjelaskan mereka tidak bertanggungjawab untuk memberikan kelulusan kepada naskah tersebut.

Screenshot 20230118 010506

Sebaliknya garis panduan bagi sebarang kandungan penerbitan terletak di bawah bidang kuasa Lembaga Penapis Filem (LPF).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim, pihaknya hanya boleh membatalkan lesen sekiranya pemegang lesen disabitkan kesalahan berkaitan kecurangan, penipuan atau keburukan akhlak.

Beliau mengakui trailer tersebut memaparkan beberapa adegan keterlaluan dan dilihat tidak menitikberatkan budaya kesopanan dan kesusilaan yang diamalkan rakyat Malaysia.

“Babak seperti ini tidak wajarnya dilakukan. Namun, kelulusan tayangan tertakluk di bawah LPF menerusi penguatkuasaan Akta 620, Akta Penapisan Filem 2002.

“Filem Pulau menerima kelulusan LPF pada September, tahun lalu,” katanya menerusi kenyataan.

Jelas Md Nasir, tugasan penapisan filem dilaksanakan tiga Ahli Lembaga Penapis dan keputusan panel diperakukan untuk pertimbangan Pengerusi atau Naib Pengerusi Lembaga Penapisan.

Difahamkan, kriteria berkenaan meliputi tiga dokumen asas iaitu Akta Penapisan Filem, Garis Panduan Penapisan Filem dan Panduan Khusus Penapisan Filem.

“FINAS tidak menghalang atau menyekat usaha mana-mana pihak untuk mengeluar dan menerbitkan karya seni sebagaimana yang termaktub dalam Akta 244, Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981, dan pematuhan kepada prosedur permohonan lesen penggambaran.”

Dalam pada itu, FINAS menasihatkan setiap penggiat industri lebih sensitif dan berhati-hati dalam menghasilkan sesuatu karya kreatif dengan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan.

Baca: “Saya sudah agak” – [VIDEO] Alif Satar Nafi Terlibat Dengan Sebarang Babak ‘Panas’ Filem Pulau

Ft Alif Satar Pulau

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.