“Bangunlah sayang…”- Hari Jumaat Buat ‘Suprise Birthday’ Untuk Isteri, Sabtu Kemalangan & Terus Koma

Tambah ke Sumber Pilihan
“Bangunlah sayang…”- Hari Jumaat Buat ‘Suprise Birthday’ Untuk Isteri, Sabtu Kemalangan & Terus Koma

Dalam masa dua hari dapat dua surprise. Itulah yang berlaku pada seorang isteri baru-baru ini. Balqis Mohd Saidi berkongsi perasaan duka selepas suaminya koma akibat kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu selepas menghantarnya ke tempat kerja.

Lebih menyedihkan, sehari sebelum kemalangan suami sempat buat kejutan sempena ulang tahun kelahirannya dengan membelikan kek ‘unicorn’.


Couple5
Sumber: Facebook

Menurut mStar, Alif Iskandar, 22, kini sedang bertarung nyawa di ICU, Hospital Sultanah Bahiyah. Ketika kejadian, Alif sedang dalam perjalanan ke Songkhla, Thailand dari Sungai Petani untuk ambil barang-barang perniagaannya.

Namun, motosikal yang ditunggang Alif telah melanggar sebuah kenderaan yang diletakkan di laluan kecemasan.

“Sebelum itu pada pukul 10.01 pagi dia menghantar mesej kepada saya mengatakan dia ada di kawasan RnR Gurun. Ketika itu saya sedang kerja di sebuah spa di Sungai Petani tapi pukul 10.40 pagi, saya ada hantar mesej tapi tak dibalas.”

“Sekitar pukul 11 pagi, saya terima panggilan daripada ibu mentua tapi tak sempat jawab. Tak lama kemudian, ibu saya pula telefon bagitahu suami saya kemalangan dan keadaannya 50-50. Memang saya tak tunggu lama, terus ambil beg dan bergerak ke rumah ibu mentua.”

Couple3
Sumber: Facebook

Menurut Harian Metro, Alif dilaporkan mengalami kecederaan parah dengan kaki kiri patah tiga bahagian, patah kedua-dua belah tangan, hancur dagu, luka rahang serta kecederaan pada limpa serta buah pinggang.

Saya hanya nak dia bangun, saya rindu suami. Ketika ini, saya betul-betul mengharapkan doa orang ramai untuk suami bangun, hanya Allah tahu betapa saya rindu dengan suami dan harap ada keajaiban berlaku.”

Couple1
Sumber: Facebook

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2462205940765853&id=100009294124564

Semoga Balqis diberi kekuatan dalam ujian ini. Mari kita sama-sama doakan…

Baca: “Nampak accident dekat FB” – Lelaki Kahwin Dengan Mayat Tunang, Maut Kemalangan Sebulan Sebelum Majlis

Tunang Maut

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Bangunlah sayang…”- Hari Jumaat Buat ‘Suprise Birthday’ Untuk Isteri, Sabtu Kemalangan & Terus Koma
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/bangunlah-sayang-hari-jumaat-buat-suprise-birthday-untuk-isteri-sabtu-kemalangan-terus-koma/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM