“Bangga mak bapak dia” – Memiliki Keputusan Akademik Luar Biasa, Gadis Ini Pukau Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Setiap orang pasti mempunyai hasrat untuk menggembirakan dan membanggakan kedua ibubapa masing-masing. Dengan itu juga, macam-macam cara yang kita lakukan untuk menunaikan impian dan hasrat ini.

Buat seorang graduan dari Universiti Utara Malaysia (UUM), hasrat itu telah berjaya dicapai apabila beliau mendapat keputusan yang tersangat cemerlang untuk ijazahnya. Cemerlang macam mana tu, cuba korang tengok dan dengar video oleh @ Are_Fieqq kat bawah ni.

 

Semua cemerlang

Memang lain macam betul keputusan beliau kan. Setiap semester 4 flat. Ni mesti senang dapat kerja nanti ni. Keputusan cemerlang sangat kot.

Pakej ni, cantik ada, bijak pulak tu. Memang betul beauty with brain. Orang yang macam ni kita patut cemburu. Cemburu dengan cara yang baik lah ye, bukan dengki busuk hati.

Betul, admin yang dengar pun ternganga weh. Mungkin memang betul dia balik rebus nota pastu minum. Itulah dulu cikgu cakap macam tu korang tak nak dengar. 

Beliau berjaya membanggakan kedua ibubapanya. Mungkin berkat doa mereka juga beliau berjaya sampai macam tu. 

Sumber: UUM

Inilah dia biodata yang admin dapat dari portal UUM. Bapanya pun professor, memang pandai keturunan lah ni. Apa-apa pun admin ucapkan tahniah kepada beliau. Semoga terus berjaya!

 

Baca: “Macam konsert” – Netizen Terhibur Tengok Student Jawab Exam Waktu Blackout

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.