in

Bandar Di Jepun Ini Bina Sotong Gergasi Guna Dana Covid-19 Untuk Tarik Pelancong

1Sotong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah pekan di Jepun yang terletak di Daerah Hosu, Noto telah berjaya menarik perhatian ramai orang baru-baru ini. Hal ini terjadi selepas bandar berkenaan merasmikan sebuah tugu sotong gergasi sepanjang 13 meter berdekatan perlabuhan pekan tersebut.


Screenshot 2021 05 09 At 12.10.58 Pm
Sumber: bbc

Menurut laporan BBC, pekan nelayan berkenaan telah menggunakan dana bantuan Covid-19 yang disalurkan kerajaan sebanyak 25 juta Yen yang bersamaan RM939,706 untuk membina tugu tersebut.

Screenshot 2021 05 09 At 12.12.46 Pm
Sumber: bbc

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan pekan Noto berkata, pembinaan tugu tersebut adalah sebahagian pelan jangka panjang untuk menarik perhatian pelancong untuk datang ke pekan tersebut selepas pandemik ini berakhir.

Screenshot 2021 05 09 At 12.12.57 Pm
Sumber: bbc

Untuk rekod, pekan nelayan tersebut telah melaporkan bilangan kes positif yang rendah namun ia masih memberikan kesan kepada sektor pelancongannya.

Screenshot 2021 05 09 At 12.12.37 Pm
Sumber: bbc

Noto telah menerima kira-kira 800 juta Yen melalui dana kebangsaan bagi membantu merancakkan ekonomi kawasan tersebut yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Jumlah berkenaan tidak semestinya digunakan sepenuhnya untuk tujuan pasca-pandemik, walau bagaimanapun tindakan pekan tersebut membina tugu sotong gergasi telah menerima pelbagai reaksi dari orang ramai.

Korang ada rasa nak pegi melawat pekan ni untuk tengok sotong ni sendiri tak?

 

Baca: “Padan muka!” – Sotong Balas Dendam Dengan ‘Sedut’ Muka Vlogger Sebab Nak Makan Hidup-hidup!

Screenshot 2021 05 09 At 12.17.08 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.