“Padan muka!” – Sotong Balas Dendam Dengan ‘Sedut’ Muka Vlogger Sebab Nak Makan Hidup-Hidup!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Orang dari negara China ni memang suka buat benda pelik-pelik eh? Baru-baru ni, seorang vlogger yang melakukan live streaming hampir-hampir kena sedut dek sotong kerana cuba memakan haiwan tu hidup-hidup! 

Lebih mengerikan gadis di dalam video tu nampak menjerit-jerit kesakitan ketika bertarung dengan sotong yang bertangan 8 tu, lepas sotong tersebut menyedut kulit wajahnya demi untuk menyelamatkan diri.

Nah korang tengok video kat bawah ni! 

 

Muka sampai berdarah gara-gara disedut sotong! 

Menurut Daily Mail, akibat daripada pergelutannya dengan sotong Pasifik yang mempunyai 280 penyedut di setiap tangan tu, pipi gadis ini tak pasal-pasal berdarah.

Pada awal video live tersebut, sotong itu dilihat memang sudah melekat pada wajah vlogger terbabit. Tapi dia dilihat macam tak kisah dan tak takut pun dengan serangan sotong itu.

Sumber: Daily Mail

Namun lepas sedar yang sotong tersebut tak mahu melepaskan sedutannya pada wajah, vlogger tersebut mula panik dan menangis ketakutan. Dia juga menjerit berkali-kali di depan kamera sambil mengatakan ‘sakit’ dan ‘saya tak boleh keluarkannya’ demi melepaskan sotong tersebut dari menyedut pipi kiri. 

Sumber: Daily Mail

Bila dia berjaya tarik keluar, wajah gadis itu dilihat berdarah sambil dia mengadu, “Wajah saya dah rosak”. Hadoiyai memang cari pasal lah dia ni! 

Sumber: Daily Mail

 

Digelar ‘seaside girl Little Seven’, vlogger sebenarnya memang ‘dah biasa’ dengan hidupan laut

Di China, gadis yang digelar ‘seaside girl Little Seven’ ni memang terkenal dengan videonya memakan makanan seafood terkenal di bandar Lianyugang.

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Antara makanan seafood yang pernah dicubanya ialah crayfish dan lobster yang dimasak sendiri. Pun begitu, vlogger ni masih rasa tak puas hati sebab tak mampu jadi famous seperti vlogger lain yang menduduki carta tertinggi tontonan.

So, demi nak mempopularkan diri, vlogger ni pun ambillah risiko dengan cuba memakan sotong hidup-hidup. Videonya kali ni memang trending habis tapi banyak dapat kecaman daripada media sosial seperti berikut,

“Padan muka. Dia cuba makan sotong dan sotong tu pulak cuba makan dia” 

“An eye for an eye, a tooth for a tooth.” 

Haish tu lah dia bahananya gara-gara nak cepat famous. Sanggup buat video bahaya dan bodoh macam tu. Ish, ish, ish!

Baca: Pelari China Tetap Habiskan Larian Maraton Walau Tercirit Dalam Seluar Dalam!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!