in

“Balik Malaysia nanti nak cakaplah kita perempuan” – Viviana Lancang ‘Sound’ Sajat Pakai Telekung Dekat Tanah Suci

Vee3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sikap melampau Sajat yang dikatakan terlalu galak menafikan jantina dirinya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang melampaui batasan dimana sanggup berpakaian wanita di Masjid Nabawi itu telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.


Tindakan keterlaluan yang Sajat buat tu sehingga Viviana yang ‘satu golongan’ sendiri rasa terpanggil untuk bahaskan isu ini memandangkan dia dihujani dengan pelbagai persoalan dariapda netizen.

 

Saya kesal, saya kecewa, saya marah, saya sedih, saya terkejut saya tergamam”

Sajat1

Seperti yang kita sedia maklum, Viviana Abdullah ini seorang yang sentiasa optimis dalam mengupas isu-isu tertentu, tak seperti ‘golongan’ lain cakap kosong, semua yang dia katakan ada isi.

Untuk isu ini, Viviana meluahkan rasa kesal, sedih dan marah bercampur aduk dalam perasaannya, dia sendiri tergamam apabila mengetahui isu tersebut.

Melalui Live FB,  dia terkilan apabila Viviana selama ini cuba menunjukkan sudut positif terhadap kaum-kaum sepertinya supaya dapat diterima masyarakat musnah dalam sekelip mata dek kerana isu yang sedang hangat ini.

Perkongsian live ini sebenarnya ditujukan kepada golongan-golongan maknyah yang terlalu berpihak kepada Sajat dan menegaskan bahawa ia bukanlah satu perkara yang harus dibanggakan  bila melihat rakan ‘sama spesis’ ke tanah suci dengan cara sebegitu.

 

Saya harap anda tidak menganggap ini sebagai satu kejayaan, satu pencapaian, oleh kaum maknyah kerana berjaya menjejakkan kaki di kota madinah kerana kita belum tahu apa kesudahannya, apakah natijahnya, apakah habuan, yang akan kita terima dan insan itu terima.”

Kak Vee kupas isu lelaki berpakaian wanita di tanah suci

Kak Vi ulas isu tengah panas skrg

Posted by Viviana Abdullah on Monday, February 3, 2020

Katanya lagi jangan terlalu yakin, jangan terlalu mendabik dada dan menggesa agar golongan ini supaya hentikan status-status di FB yang tidak masuk akal.

“Kalau awak nak gembira ada maknyah sampai ke kota madinah, keliling kaabah dan tawaf 7 kali dah membuat sa’i saya tahu awak gembira. Sabar, jangan riak sangat jangan nak buat statement “tengok pondan pun dah sampai dekat sana” korang-korang rakyat Malaysia yang tak terima dan nak hukum dan sebagainya”

Tambahnya Viviana lagi, dia begitu lantang dalam menempelak tindakan Sajat yang melakukan kelakuan sedemikian.

 

Pergi ketanah suci pun nak di video kan, kan elok kalau kau pakai telekung tu kau diamkan tak payah upload gambar, dah boleh kau buat umrah tu secara tenang.”

Sajat2

Tambah Viviana lagi, sebagai seorang rakan dan kenalan, dia dah dapat jangka tindakan yang bakal individu yang dimaksudkan itu lakukan setelah sampai ke Malaysia nanti.

“Nak juga tunjuk kat orang, nanti balik Malaysia nanti nak cakaplah kita perempuan, dah sampai dah kat sana, dah sampai dah kat sini.”

Sajat

Disebabkan tindakan individu tersebut, Viviana bimbang akan menjejaskan reputasi golongan-golongan seperti ini dan bimbang supaya pihak berkuasa akan menjadi lebih tegas sehingga menyukarkan mereka nak ‘cari makan’.

Biarpun pihak berkuasa dah banyak melakukan tindakan tegas, kata Viviana sebenarnya ia tidaklah seperti di Jeddah dimana kaum ini langsung tidak diterima di negara tersebut.

Namun begitu, Viviana tidaklah membenci dan nak menjatuh hukum keapda Sajat, sebagai seorang rakan dia juga mahu bersemuka dengan Sajat dan cuma tindakan yang dilakukan itu telah menjejaskan reputasi golongan-golongan ini yang memang nak cari makan dengan cara elok.

 

Baca : “Saf solat boleh terputus” – Netizen Sokong Haneesya Hanee Sentuh Isu Sajat Pakai Telekung Di Mekah

Sajat 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.