in

“Saf solat boleh terputus” – Netizen Sokong Haneesya Hanee Sentuh Isu Sajat Pakai Telekung Di Mekah

Feature Image Nursajadiah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih hangat lagi di perkatakan sehingga ke hari ini, usahawan terkenal, Nur Sajat telah memuat naik gambar dia memakai telekung ketika berada di Mekah.


Ramai yang berpendapat bahawa tindakannya itu melampau lebih-lebih lagi sepupu dan bekas kawan baik Sajat telah mendedahkan jantina sebenar usahawan itu.

Namun, sehingga kini, Sajat sendiri masih tidak mengakui bahawa dia sebenarnya lelaki dan kekal dengan gelaran khunsanya itu.

Sajat dan keluarganya juga dikatakan masih lagi berada di tanah suci Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah.

83488625 512243289490384 9193950772142800896 O
Sumber: facebook

Walaubagaimanapun, ramai yang telah menghentam perbuatan Sajat terutamanya di laman media sosial dan sehingga ke hari ini nama Sajat masih lagi trending nombor 1 di Twitter.

Trend
Sumber: twitter

Haneesya Hanee seorang model yang memang sudah banyak kali menerima kecaman netizen pada sebelum ini mengenai kisahnya tersendiri turut tidak ketinggalan dalam memberikan pendapatnya mengenai isu ini di laman Twitter.

“First time setuju dengan dia”

Haneesya turut percaya bahawa Sajat sebenarnya seorang lelaki tidak sepatutnya memakai telekung ketika berada di sana.

Perkara ini secara tidak langsung mampu memutuskan saf solat untuk jemaah wanita terutamanya kerana jika Sajat dan kawan-kawanya tetap bersolat di ruangan solat wanita.

“Saya rasa orang ramai cuma bimbang dengan status jantina dia sahaja. Kalau di masjid biasa pun, jemaah lelaki dan perempuan tidak boleh solat dalam saf yang sama disebabkan berlainan mahram

“Jika Sajat pergi ke Mekah berwatakkan seorang wanita, maka solat jemaah lain boleh terbatal disebabkan oleh saf terputus.” Katanya

Namun begitu, ada  juga netizen yang kelihatan mempertahankan Sajat dan percaya bahawa dia sebenarnya adalah seorang wanita dan perlu menerima hak seperti wanita lain.

Laki Ke
Sumber: twitter

Jadi oleh kerana individu tersebut masih lagi kurang jelas mengenai isu yang sedang diperdebatkan, Haneesya terus meninggalkan komen yang menjelaskan bahawa Sajat tidak sepatutnya pergi bersolat di tempat jemaah wanita.

https://twitter.com/HaneesyaHanee/status/1224302738743316486?s=20

Ramai juga netizen yang menyokong kenyataan balas daripada Haneesya ini dan mempunyai pendapat yang sama.

Komen 1
Sumber: twitter

 

Komen 2
Sumber: twitter

Tidak apalah, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka.

 

Baca: “Kami dah slow talk minta ubah penampilan” – Agensi Pelancongan Buat Laporan Polis Tapi Sajat Pilih Tak Nak Buka Mulut

Fghjkl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.