in

Bakeri Popular The Loaf Milik Dr M Tutup Semua Cawangan di Malaysia Pada April 12

Loaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas beroperasi di Semenanjung Malaysia dekat 12 tahun lamanya, bakeri terkenal The Loaf tutup semua cawangan secara tiba-tiba semalam (12 April). Eh dah kenapa ni??


Merc Theloaf2 559683558
sumber: wob

Menurut WORLD OF BUZZ, bidai penutup kedai ditarik turun pagi semalam dan pekerja di situ jugak dilihat diberhentikan selepas diberitahu bakeri tersebut akan tutup.

Bagi yang belum pernah dengar pasal bakeri yang diinpirasikan daripada Jepun ni, The Loaf ialah sebuah idea yang dicetuskan Tun Mahathir yang berkolaborasi dengan seorang individu dari Jepun. Kedai pertama The Loaf telah dibuka di Telaga Harbour, Langkawi pada 2006 dengan pelaburan sebanyak RM3 juta.

Dsc 7937
sumber: blog

Manakala cawangan di Lembah Klang yang pertama pulak dibuka dekat Pavillion pada 2007 dan diikuti dengan cawangan di pusat beli-belah seperti Empire Shopping Gallery, Subang Jaya, Sogo dan The Mines.

Namun pada pagi semalam (12 April), The Loaf secara tiba-tiba mengeluarkan notis penutupan mereka yang ditampal pada pintu kedai perdana di Langkawi. Isi notis tu jelaskan tentang perjalanan The Loaf sebagai kedai bakeri dan ucapan terima kasih kepada pelanggan yang setia dengan kedai tersebut.

Manakala di cawangan dekat Sogo, Kuala Lumpur, pekerja dilihat dalam keadaan bersiap-siap untuk membuka kedai sebelum seorang staf dan pihak pengurusan datang memberitahu tentang notis tersebut. Lebih menyedihkan, mereka diberhentikan pada hari yang sama jugak. Eh takkan tak ada notis awal tentang penutupan ni?

Orang awam yang ditemubual media memberitahu bahawa bakeri The Loaf sentiasa menjadi pilihan ramai sejak dulu lagi dan kedai ni jugak tak ada masalah dengan bilangan pelanggan yang selalu berkunjung ke kedai tu setiap hari. Jadi, penutupan ni bukanlah disebabkan masalah kewangan. Laa kalau semua bukan, sebab apa pulak? Pelik! 

Screen Shot 2018 04 13 At 9.43.38 Am
sumber: wob

Hingga setakat ni, The Loaf belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan penutupan mereka. Tetapi menurut laporan The Star, bakeri itu tak mendatangkan banyak keuntungan dan berhadapan dengan masalah persaingan yang ramai.

Walau bagaimanapun, sidang media akan diadakan nanti untuk menjelaskan situasi. Nampaknya kena tunggu lah ye.

Korang peminat The Loaf? Roti-roti kat sana sedap sangat kan? Kongsikan dengan kami pendapat anda tentang penutupan ni. 

Baca: Restoran Bulgogi Brothers Kegemaran Ramai Tutup Seluruh Cawangan di Malaysia

Bul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.