in

Restoran Bulgogi Brothers Kegemaran Ramai Tutup Seluruh Cawangan di Malaysia

Bulgogi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Makin lama, banyak pula premis di Malaysia yang ditutup.


Terbaru, restoran barbeku dari Korea yang terkenal dan diminati ramai, Bulgogi Brothers secara mengejut telah mengumumkan penutupan kesemua cawangan seluruh Malaysia di Facebook rasmi mereka. Menangis lah pelanggan tetap dorang…

“Semua perkara yang baik akan sampai ke penghujungnya juga. Kami berterima kasih kepada semua pelanggan yang memberi sokongan tidak terhingga selama bertahun-tahun. Kami senang hati melayani anda semua.”

B1
sumber: facebook

Dibuka sejak 2006, restoran terkenal ini mendapat perhatian ramai dan diiktiraf oleh para penggemar makanan di seluruh dunia dengan sekelip mata. Di Korea sahaja, Bulgogi Brothers mempunyai 40 cawangan, tidak termasuk cawangan-cawangan lain di seluruh dunia.

Sementara itu di Malaysia pula, Bulgogi Brothers pertama yang dibuka merupakan cawangan di Paradigm Mall pada tahun 2012.

B2
sumber: facebook
B3
sumber: facebook

Kemudian, tiga lagi cawangan dibuka di eCurve, Mid Valley Megamall dan Pavillion. Kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya mereka yang ‘gila’ daging sangat menggemari makanan dari restoran Korea ini.

B4
sumber: facebook
B5
sumber: facebook

Ramai pelanggan setia Bulgogi Brothers menyatakan rasa sedih dan kecewa dengan pengumuman mengejut ini.

“Saya suka makanan di sini, sangat sedap, tetapi agak mahal untuk saya lawati dengan kerap. Mungkin ubah harga dan buat comeback?”

“Kenapa semua bisnes dari Korea yang terkenal mula ditutup di Malaysia? Saya tidak pernah pergi (cuba makanan) ke sana (restoran)!”

Tahun ini memang banyak bisnes yang terkenal telah tutup. Jangan ada restoran lain tutup pulak lepas ni!

Baca: Nature Republic Malaysia Umum Penutupan Secara Mengejut, Orang Ramai Minta Penjelasan

Tutup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.