in

Bakal Pengantin Di Kedah Perlu Buat Ujian Covid-19 Sebelum Bernikah

Nikah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermula 1 Februari ini, mana-mana bakal pengantin dari Kedah yang tinggal di mukim, daerah dan negeri yang diisytiharkan zon merah leh Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu menjalani saringan ujian Covid-19 sebelum akad nikah.


 

Tunjuk keputusan 3 hari sebelum nikah

Hadiah Terbaik Pengantin Baru Malaysia

Bakal pengantin perlu mengemukakan keputusan Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) Covid-19 kepada Pegawai Agama Daerah dalam tempoh tiga hari sebelum akad nikah berlangsung, kata Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud menerusi Harian Metro.

Ujian boleh dibuat di fasiliti kesihatan yang diiktiraf MKN dan mana-mana fasiliti kesihatan swasta atas kos tanggungan sendiri.

“Bakal pengantin yang berlainan daerah dan negeri pula hendaklah mendapat kebenaran merentas daripada pihak polis, manakala JHEAIK dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tidak akan mengeluarkan sebarang surat sokongan untuk tujuan berkenaan (merentas daerah atau negeri),”

Ia juga hanya akan dilaksanakan di PAID, cuma jurunikah, saksi, pengantin lelaki dan perempuan serta seorang wali yang boleh hadir dan ikut SOP.

Jurunikah pula terdiri daripada tiga Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk (PPNCR) yang bertugas mengikut sistem penggiliran ditetapkan.

Sementara itu, kursus kahwin secara bersemuka ditangguhkan dalam tempoh PKP dan pihaknya juga tidak mengiktiraf sijil kursus pra perkahwinan yang dilaksana secara dalam talian.

“Sebaliknya, proses temuduga akan dilakukan bagi menggantikan kursus pra perkahwinan dan tujuan permohonan kebenaran berkahwin di negeri Kedah.”

Beliau berkata, pihak PAID berhak menolak kehadiran pemohon sekiranya langkah keselamatan yang ditetapkan atau apa-apa arahan Pegawai Agama Daerah dari semasa ke semasa gagal dipatuhi sepenuhnya.

 

Baca : Gigih Naik Bas Dari Perak Ke Melaka Nak Beli Kereta Baru, Sekali Pengantin Baru ‘Hangus’ RM9K Kena Scam

Pengantin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.