in

“Baik sembah pokok klu perangai mcm ni” – Pegawai JAKIM ‘Ugut’ Nak Sembelih Orang Kafir?

Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Al-Quran ada menyebut yang Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kita saling kenal-mengenali, bukan untuk kita membenci mereka. Kita juga dilarang untuk memaki agama lain kerana nanti agama kita akan dimaki dengan lebih teruk.

Hairannya, orang beragama sendiri kadang-kadang terlupa dengan ajaran ni, dan senang je mengutuk ajaran lain. Kalau macam ni kita nak salahkan siapa?


“Mana tahu si kafir nak jadi macam lembu korban”

Seorang individu dipercayai pegawai Jakim, Bakri Amboala telah memuatnaik status yang kini sudah di padam bersama akaun Facebooknya. Statusnya ini telah menyebabkan beberapa netizen tak senang duduk dan mula mempersoalkan kedudukannya sebagai Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penerbitan Jakim.

Eb6Umexucaa1Dzv

“Baik sembah pokok la kalau perangai si*l mcm ni”

Ekoran dari statusnya ini, ramai netizen beranggapan pemikiran ‘ekstremis’ seperti ini tak boleh diterima dan mengharapkan pihak Jakim dapat mengambil tindakan ke atas pegawai tersebut.

Screenshot 2019 08 15 At 9.26.14 Am Screenshot 2019 08 15 At 9.26.28 Am Screenshot 2019 08 15 At 9.26.53 Am

“Jakim sedang bertindak”

Memetik FMT yang menghubungi Fuziah Salleh, Timbalan Menteri yang bertanggungjawab ke atas Jakim mengatakan yang pihaknya sedar tentang perkara ini dan Jakim sedang melakukan penyiasatan.

Admin harap Jakim akan buat sesuatu terhadap pegawai mereka ini untuk menunjukkan mereka memandang serious tentang perkara-perkara seperti ini yang secara tak langsungnya memburukkan nama jabatan agama ini.

 

Baca: “Bubar je JAKIM” – Tawfik Ismail

Screenshot 2019 08 15 At 9.36.22 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.