in

BAHAYA! Wanita Curah Cili, Taktik Samun di AEON Cheras

Local Lady Suffers 1St Degree Burn After Being Poured On With Chilli Liquid During An Attempted Robbery World Of Buzz 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berhati-hati lain kali kalau korang ke mana-mana sebab seorang wanita Indonesia telah ditangkap selepas cuba menyamun seorang wanita dengan mencurahkan cairan cili ke atas mangsa.


Diana Abdullah berkongsi kejadian yang berlaku di tempat parking AEON Taman Maluri, Cheras.

Indonesian Lady Robs People By Pouring Chilli Liquid On Them World Of Buzz3
Sumber: Facebook

Katanya, dia ternampak ada kekecohan berlaku dan terus ke tempat kejadian untuk menyiasat.

Rupa-rupanya ada seorang wanita pendatang tanpa izin Indonesia ‘kantoi’ dalam cubaannya untuk menyamun tu.

Indonesian Lady Robs People By Pouring Chilli Liquid On Them World Of Buzz 2
Sumber: Facebook

Semasa nak masuk dalam kereta, wanita Indonesia tu curahkan cairan cili itu ke atas Sasha hingga menyebabkan kulit mangsa melecur semata-mata untuk menyamun. Malangnya, anak saudaranya pun terkena juga.

Nasib baik suspek berjaya ditangkap dan sedang dalam pengawasan pihak polis. Menurut Diana, Sasha juga memintanya teman ke balai polis.

Indonesian Lady Robs People By Pouring Chilli Liquid On Them World Of Buzz
Sumber: Facebook

Diana pun sempat temankan Sasha untuk membuat laporan polis. Atas dasar simpati, Diana juga membersihkan kereta mangsa dan menghulurkan sedikit makanan untuk Sasha dan anak buahnya.

41704058 10156566495050890 5544310988200738816 N
Sumber: Facebook

Kesian Sasha sebab katanya dia mengalami melecur tahap satu akibat kejadian ni.

Jadi, korang next time tolong berhati-hati bila ke tempat parking sebab orang boleh menyamun  walaupun di tempat awam.

Baca: Lelaki Pura-pura Tanya Arah Rogol Dan Samun Pelajar IPTA Di Shah Alam

Rogols

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.