in

BAHAYA! Alza Terbakar Angkara Power Bank Yang Meletup Akibat Cuaca Panas

Aa 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan bahawa penggunaan power bank dapat memudahkan proses pengecasan telefon semasa kita berada di luar rumah.



Namun, jika kita sambil lewa dalam menjaga gajet ini, ia mampu memberi kesan bahaya sehingga boleh menyebabkan berlakunya kebarakan.

Itulah yang terjadi di Kelantan apabila sebuah kereta dilaporkan nyaris terbakar akibat letupan power bank yang diletakkan di dalam kereta terlalu lama ketika cuaca panas.

A A2 2

Menerusi pengkongsian di Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, kereta Perodua Alza itu dipercayai diletakkan di tapak parkir kereta di Hospital Tumpat, Kelantan.

Power bank yang diletakkan di bahagian ruang simpanan tempat duduk belakang itu meletup dan menyebabkan sebahagian daripada ruang dalam kereta habis terbakar.

A1 1 A3

Sifu Power Bank mengatakan bahawa kejadian ini berlaku kerana kandungan kimia yang terkandung dalam power bank tersebut sepatutnya disimpan atau digunakan dalam suhu 50 darjah celcius.

Manakala, bagi suhu sebuah kenderaan yang diletakkan di parkir terbuka mampu mencecah sehingga 140 darjah celcius. Maka tidak hairanlah letupan ini boleh berlaku.

Sebaiknya power bank ini digunakan pada suhu optimum ketika berada di dalam pejabat ataupun di dalam kereta yang berhawa dingin dan tidak disimpan di tempat yang begitu sejuk atau panas.

 

Rasanya dah banyak kali kes macam ni jadi. Harap korang lebih peka dan jangan sampai kemalangan ni boleh meragut nyawa.

 

Baca: BAHAYA! Lelaki Melecur Disambar Api Lepas Kereta Terbakar Gara-gara Tak Matikan Enjin Masa Isi Minyak

A4 3

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.