in

BAHAYA! Lelaki Melecur Disambar Api Lepas Kereta Terbakar Gara-gara Tak Matikan Enjin Masa Isi Minyak

Collage 44

Dari sebelum kita tahu bawa kereta lagi kita dah khatam pasal peraturan-peraturan semasa mengisi minyak kereta. Antaranya seperti matikan enjin kereta, jangan guna telefon semasa mengisi minyak, dilarang merokok dan sebagainya.

Peraturan-peraturan ni bukan dibuat saja-saja, ia memang dibuat untuk mengelakkan apa-apa kemalangan masa mengisi minyak ni. Tapi setiap hari, kita mesti nampak ada je orang yang ambil mudah…

Contohnya macam insiden yang dikongsikan di Facebook Info Roadblock JPJ/Polis ini di mana seorang individu sanggup pertaruhkan nyawa sebab malas nak ikut peraturan.

Dikatakan, insiden ini berlaku di salah satu stesen minyak yang terletak di Seri Kembangan. Pihak Bomba dan Penyelamat mengatakan telah berlakunya kebakaran di mana 10% kebakaran berlaku di bahagian kanan pintu pemandu dan 30% kebakaran berlaku di tempat pam minyak.

118616737 1666552830189087 911074682540750696 N

Akibat dari kebakaran ini, mangsa iaitu pemilik kenderaan yang terbakar itu melecur di kedua-dua tangan dan kakinya.

Mangsa telah pun dikejarkan ke Hospital Serdang dan selepas siasatan dijalankan, pihak berkuasa mendapati, kebakaran ini berpunca dari kegagalan mangsa untuk mematikan enjin sebelum dia mengisi minyak.

Ni bukan kejadian pertama yang terjadi sebab orang tak ikut peraturan masa isi minyak. So please beringat, sesal dahulu pendapatan…

 

Baca: Lelaki Ini Pening Cari Tangki Nak Isi Petrol, Tak Sedar Dia Pandu Kereta Elektrik

Screenshot 2020 08 31 At 12.43.14 Pm

Sumber: Facebook