Bagi Jersey Lepas Kena Kad Merah, Pemain Minta Semula Dari Penonton Lepas VAR Ubah Keputusan

Jadikan sumber pilihan di Google
Kad Merah

Perlawanan Piala Rusia antara Zenit St Petersburg dan Akhmat Grozny mencetuskan insiden luar biasa apabila pemain Akhmat, Nader Ghandri, dipanggil semula ke padang selepas keputusan layangan kad merah dibatalkan melalui semakan VAR.

Screenshot 2025 09 20 At 1.44.16 Pm

Pertemuan di Gazprom Arena itu pada mulanya menyaksikan Ghandri, 30, diarah keluar padang pada minit akhir perlawanan.


Tindakannya membuka jersi dan melemparkan kepada penyokong Grozny menandakan dia menerima hukuman itu sebelum menuju ke bilik persalinan.

Namun, VAR campur tangan dan memanggil pengadil untuk menyemak semula insiden berkenaan. Keputusan berubah apabila kad merah ditarik balik, dan pemain Tunisia itu diarahkan kembali ke dalam padang.

Screenshot 2025 09 20 At 1.44.23 Pm

Artikel berkaitan: Terpaksa Meniarap Tengah Padang, Perlawanan Bola Sepak Terhenti Seketika Kerana Diserang Lebah

Artikel berkaitan: Kuala Lumpur Dipilih Jadi Tuan Rumah Perlawanan Bola Sepak Antara Uruguay Dan Uzbekistan

Ghandri kemudian terpaksa meminta kembali jersinya daripada penyokong yang menerimanya. Nasib menyebelahinya apabila penyokong tersebut menyerahkan semula jersi berkenaan.

Screenshot 2025 09 20 At 1.44.31 Pm

Walaupun Ghandri berjaya menjaringkan gol untuk Akhmat Grozny, Zenit St Petersburg tetap muncul pemenang dengan keputusan 2-1 di hadapan penyokong sendiri.

Sumber: The Sun

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Bagi Jersey Lepas Kena Kad Merah, Pemain Minta Semula Dari Penonton Lepas VAR Ubah Keputusan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/bagi-jersey-lepas-kena-kad-merah-pemain-minta-semula-dari-penonton-lepas-var-ubah-keputusan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen