in

“Bagi dia lepas dulu” – Netizen Kongsi Pengalaman Berdepan Gajah di Gerik, Perak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cuti tahun baru memang ramai yang ambil kesempatan bercuti sana sini. Maklumlah, lama duduk rumah sebab PKP. Jadinya, jalan pun bertambah sesak sebab banyak kereta atas jalan. Harap bersabar ye kalau sangkut dalam kesesakan lalulintas tu. Bukan apa, kita tak tahu apa yang menyebabkan kesesakan tu berlaku.


Cakap pasal kesesakan lalulintas ni, admin nak share satu video pasal gajah melintas sampai buat jalan jadi sesak. Menurut netizen, kejadian tersebut berlaku di Gerik, Perak dimana banyak gajah liar yang sering berkeliaran disitu. Korang tengok lah video oleh @anthraxxxx kat bawah ni sendiri.

 

Pengalaman netizen

Kalau admin nampak gajah liar tepi jalan memang cuak habis lah. Risau nyawa dan keselamatan je, kalau dia pijak kereta habis kemek weh. Tapi orang yang sangkut dalam jem ni bagus, masing-masing sabar je tunggu gajah ni beredar.

Fuhh.. nasib baik sempat lepas dari jumpa gajah tu ye. Kalau tak memang jenuh tunggu lah. Berdebar tu jangan cakap lah kan. 

Abe kito ni pun pernoh jupo gajoh. Bawak slow-slow takpe. Jangan buat gajah tu rasa terancam. Kalau tak habis disondolnya kereta.

Berani betul sampai matikan enjin dan lampu. Tapi apa-apa pun nasib baik selamat ye. Kalau admin dah mengucap panjang dah tu. Berserah je apa nak jadi.

 

Baca: “Nak pegi mana tu?” – Comel!  Video Gajah Naik Lori Ini Buat Netizen Tersengih

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.