in

“Nak pegi mana tu?” – Comel! Video Gajah Naik Lori Ini Buat Netizen Tersengih

1Gajah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perjalanan di lebuh raya kebiasaanya bosan dengan pemandangan yang terhad. Ada kalanya kita hanya tidur ataupun bersembang dengan penumpang yang lain. Tapi, kalau kita nampak sesuatu yang jarang berlaku, pastinya kita akan rasa terhibur.



Itulah yang berlaku kepada seorang pengguna Twitter @YazidZulmie apabila dia nampak seekor gajah yang sedang dipindahkan dengan sebuah lori. Yaa.. seekor gajah. Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok video kat bawah ni.

 

Nak pergi mana tu?

Admin tak pasti gajah tu akan dibawa ke mana. Mungkin nak dipindahkan ke pusat jagaan atau ke habitat asalnya. Tapi memang enjoy betul gajah yang ada atas lori tu.

Screenshot 2020 11 22 At 12.56.55 PmAdmin pun bersorak gak tengok gelagat gajah atas lori tu. Mesti seronok kan ada angin tiup-tiup muka dia.

Screenshot 2020 11 22 At 12.56.14 PmKalau bawak gajah tu pegi pantai mesti dia lagi happy. Silap-silap tak nak masuk balik dalam lori. Enjoy terus pantai tu.

Screenshot 2020 11 22 At 12.56.39 PmHarap gajah tu selamat sampai ke destinasi yang dituju lah ye. Jangan terjun-terjun keluar lori pulak.

 

Baca: “Dia ingat orang tak nampak” – Lucu! Anak Gajah Cuba Menyorok Belakang Tiang Elektrik Lepas Kantoi Curi Makan Tebu

Screenshot 2020 11 22 At 12.57.15 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.