“Badan kecik molek, lawan sado kemain”- Aksi ‘Terbang’ & ‘Lipat’ Gadis Bertudung Juarai Pro Wrestling Buat Netizen Ternganga

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Wanita bertudung digambarkan sebagai perempuan melayu terakhir, penuh sopan santun, tata susila yang lemah lembut dan banyak lagi.

Tapi berbeza bagi Nor ‘Phoenix’ Diana yang muncul juara wanita pertama bagi kejuaraan Malaysia Pro Wrestling dalam acara MyPW Wrestlecon baru-baru ini.

Ramai yang ternganga dengan aksi lincah penggusti profesional ini tambahan lagi dengan usianya yang baru 19 tahun.

Nordiana berkata perjalanan sebagai penggusti wanita bermula ketika dia berusia 14 tahun.

Saya banyak bermain permainan video gusti bersama adik saya. Bermula saat itu, saya mula menonton rancangan gusti di televisyen dan minat untuk lebih mendalami dunia gusti timbul saat itu.”

Bertitik tolak daripada itu, setahun kemudian dia mula memutuskan untuk menyertai Persatuan Gusti Malaysia dan berlatih bagi merealisasikan impiannya sebagai penggusti profesional.

Hebat kan? Ni antara gambar-gambar Nordiana ketika beraksi di gelanggang.

Sumber : Instagram

Rata-rata rakyat Malaysia memberikan sokongan penuh kepada Nordiana untuk meneruskan kerjayanya sebagai penggusti profesional sekaligus dapat mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Namun dalam yang menyokong itu ada juga yang memberikan ‘komen-komen nakal’ kepada Nordiana memandangkan personalitinya yang cukup berbeza ketika berada di luar gelanggang.

Sumber : Facebook

 

Admin yang tengok video tu, admin yang berdebor. Hebat gilerrr!

Baca : Kalau tak ada 100k, jangan mimpi nak meminang Netizen Salute Gadis 22 Tahun Ni Jadi Jurukimpal Wanita Pertama di Tengah Laut!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.