“Kalau tak ada 100k, jangan mimpi nak meminang” – Netizen Salute Gadis 22 Tahun Ni Jadi Jurukimpal Wanita Pertama di Tengah Laut!

Tambah ke Sumber Pilihan
“Kalau tak ada 100k, jangan mimpi nak meminang” – Netizen Salute Gadis 22 Tahun Ni Jadi Jurukimpal Wanita Pertama di Tengah Laut!

Setiap hari ada saja kisah kejayaan rakyat Malaysia yang memberi inspirasi buat semua.

Hari ini kita disajikan dengan kisah kejayaan gadis berusia 22 tahun bernama Nurizzati Athirah Mohamad Yusoff yang telah dinobatkan sebagai wanita pertama Malaysia menjadi jurukimpal dalam air. Wow! 


65243153 3458508317507665 9070733653683732480 N
Sumber: Facebook

“Satu-satunya wanita yang mempelajari bidang kimpalan pada tahun 2013” 

Menerusi perkongsian di Facebook, Nurizzati yang juga dikenali sebagai Athirah ini merupakan graduan Kolej Vokasional Taiping, Kamunting di Perak.

65265300 10159530884174572 5119264763842396160 N
Sumber: Facebook

Dia yang merupakan anak kedua daripada 4 adik beradik telah dibesarkan di Kampung Kuala Sungai Rambutan, Rantung Panjang, Selama. Oh orang Perok lah ni! 

Menceburi bidang kerjaya kimpalan bawah air ni dah jadi impian Athirah buat sekian lama dan dia juga katanya merupakan satu-satunya pelajar wanita yang ambil bidang ‘welding’ kat kolej tersebut pada tahun 2013. Wow! 

Nah gambar Athirah tengah buat welding dalam laut. Powerrr!

64929407 10159530884074572 6588212384450478080 N
Sumber: Facebook

“Ni kalau hantaran mesti mahal dari gajinya. Sebab gaji jaa mak aii memang kaya laa adik ni”

Dalam banyak-banyak komen netizen yang memuji dan mengagumi kejayaan Athirah ni, ada jugak di kalangan netizen yang mula ‘pandai-pandai’ meletakkan hantaran buat si gadis.

Katanya, kalau kerja macam Athirah ni… mahu hantaran kena lebih daripada gaji. Gaji pun mesti dah berbelas ribu kan? Tapi… patut ke bincang pasal soal hantaran ni? Apa kena mengena hantaran dengan kejayaan seseorang? Hmm…

100K
Sumber: Facebook

“Nak pesan jangan kawin dik… kejarlah cita-citamu. Boleh pergi jauh” 

Apa-apapun min harap adik Athirah fokuskan jelah kepada komen yang membina macam di bawah ni. Kejarlah cita-cita, yang pasti kalau ada jodoh mesti akan berkahwin juga kan?

Hebat
Sumber: Facebook

Tahniah adik Athirah! Semoga terus sukses dalam hidup. 

Baca: Dulu Selekeh & Kerja Kutip Sampah, Siapa Sangka Gadis Cantik Ni Kini Terima Biasiswa Penuh Ke Universiti Melbourne

Gadis

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Kalau tak ada 100k, jangan mimpi nak meminang” – Netizen Salute Gadis 22 Tahun Ni Jadi Jurukimpal Wanita Pertama di Tengah Laut!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kalau-tak-ada-100k-jangan-mimpi-nak-meminang-netizen-salute-gadis-22-tahun-ni-jadi-jurukimpal-wanita-pertama-di-tengah-laut/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM