Malaysia Lakar Sejarah, Tampil Juara Olimpiad Robot Dunia Buat Kali Ke-13

Tambah ke Sumber Pilihan
Olimpiad Robot Dunia

Malaysia sekali lagi mengukuhkan reputasinya di pentas global apabila terus mendominasi Olimpiad Robot Dunia (WRO), selepas dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada final antarabangsa edisi ke-22 yang berlangsung di Singapura dari 26 hingga 28 November.

Dalam saingan yang menghimpunkan 1,571 peserta dari 91 negara, kontinjen Malaysia yang terdiri daripada 16 pasukan melibatkan 48 murid dan 16 mentor berjaya membawa pulang empat pingat emas, empat pingat perak serta dua Anugerah Kecemerlangan.


Kejayaan berganda itu membuatkan Malaysia muncul juara keseluruhan buat kali ke-13 sejak penyertaan pada 2005.

Screenshot 2025 11 30 At 10.36.09 Am

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang juga Ketua Kontinjen Malaysia, Rizawani Mustafa, berkata pencapaian tersebut membuktikan dedikasi berterusan KPM dalam memperkukuh pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui penyertaan dalam pertandingan robotik bertaraf dunia.

“KPM akan terus menggerakkan program berimpak tinggi dengan sokongan rakan strategik, Sasbadi Holdings Berhad, demi memperkasa peluang pendidikan murid-murid Malaysia”

WRO 2025 dengan tema The Future of Robots memberi fokus kepada pembangunan inovasi robotik masa depan bagi menyelesaikan cabaran dunia sebenar.

Para murid yang mewakili Malaysia dipilih selepas menjuarai pertandingan peringkat kebangsaan seperti National Robotics Competition (NRC) 2025, MARA RoboChallenge dan Future Engineers Challenge (FEC) anjuran Sasbadi Holdings Berhad bersama KPM dan Bahagian Pendidikan Menengah MARA.

Sumber: Astro Awani

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Malaysia Lakar Sejarah, Tampil Juara Olimpiad Robot Dunia Buat Kali Ke-13
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/malaysia-lakar-sejarah-tampil-juara-olimpiad-robot-dunia-buat-kali-ke-13/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM