“Baca dulu sebelum kutuk dia” – Jangan Salah Faham, Akmal Akif Terlepas Dari Tuduhan Sebab…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Macam yang korang semua tahu, hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, telah memutuskan 18 dari 19 tertuduh didapati bersalah dan mereka diminta untuk membela diri sebelum hukuman dijatuhkan.

Manakala seorang lagi tertuduh, Mohamad Akmal Akif Alias dibebaskan dari tuduhan Seksyen 330 (bersubahat dan mendatangkan kecederaan) ke atas Zulfarhan Osman.

Ekoran dari keputusan mahkamah ini, ramai juga netizen yang mengutuk Akmal Akif ni dan secara tak langsung ia mengundang kemarahan orang ramai yang mengikuti kes Zulfarhan dari awal. Apa sebabnya?

Kenapa Akmal Akif layak dibebaskan?

Akmal Akif bersama keluarga arwah Zulfarhan – Sumber: Twitter

Kalau korang nak tahu, Akmal Akif dan seorang lagi saksi Aiman Aufa telah memberikan dua surat layang kepada jurulatih mereka untuk memberitahu tentang keadaan Zulfarhan yang sedang parah.

Menurut Astro Awani, surat layang pertama mereka selitkan di pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera pada 23 Mei 2017.

Kalau ada hati perasaan, ada sifat perikemanusiaan, saya minta sangat-sangat pergi ambush bilik 4-19, Blok Satria (depan masjid). Dalam tu ada pesakit yang sangat-sangat perlukan rawatan segera. SEGERA!!!” – Isi surat layang pertama

Namun, surat layang ini telah diketahui oleh ahli bilik 4-10 selepas jurulatih menyebarkan surat tersebut melalui aplikasi whatsapp dan tertuduh Muhammad Akmal Zuhairi Azmal telah memindahkan Zulfarhan ke bilik 4-06 untuk sementara waktu.

Selepas kegagalan surat layang pertama, Aiman Aufa dan Akmal Akif sekali lagi bersepakat untuk menulis surat layang kedua.

Sila cari pegawai kadet laut Zulfarhan Osman” – Surat layang kedua

Malangnya, semasa tertuduh disoal siasat, kedua nama Aiman Aufa dan Akmal Akif ‘dipetik’ mengatakan mereka juga terlibat mencederakan mangsa.

Aiman Aufa telah dibebaskan tahun lepas, dan hari ini mahkamah memutuskan bahawa Akmal Akif tak bersalah dan dia telah dibebaskan tanpa perlu menuntut bela.

Sumber: BH

Bukan saja Akmal Akif tak bersalah, dia juga antara orang yang sanggup membahayakan diri sendiri semata-mata untuk membantu Zulfarhan yang cedera parah.

So, korang semua dah tahu, lepas ni jangan main serkap jarang je tau. Alhamdulillah, berani kerana benar.

 

Baca: “Sujud syukur seorang bapa” – 18 Tertuduh Kes Zulfarhan Didapati Bersalah, Penuntut UPNM Kena Bela Diri

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson