Semenjak dua menjak ini nama anak pelakon terkenal Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona selalu menjadi bualan netizen dan sering dikatakan bakal menjadi isteri kedua sekiranya mendirikan rumah tangga nanti.
Bagaimanapun, Azhar terbuka jika itu adalah ketentuan hidup buat anak kesayanganya itu, namun sebagai seorang bapa dia meletakkan beberapa syarat buat bakal menantu yang ingin memperisterikan Leona pada suatu hari nanti.
Letak 4 syarat buat bakal menantu
https://www.instagram.com/p/Cnn4HqSpLYf/
Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram miliknya pada hari ini, dia akur dengan ketentuan jodoh yang ditetapkan.
Walaubagaimanapun, Azhar juga mahu bakal suami Leona itu agar bijak menguruskan hal keluarga jika dia menjalani hidup berpoligami supaya kisah mereka tidak menjadi perhatian warganet.
Leona lebih tertarik kepada lelaki berbangsa Cina?
Menurut laporan mStar, Azhar mendedahkan bahawa Leona sebenarnya lebih tertarik kepada lelaki yang berketurunan Cina apabila ada individu yang bertanya sama ada tidak meletakkan syarat lelaki yang boleh membimbing anaknya itu.
“Uruskan hubungan dengan baik dan jangan sampai kecoh satu Malaysia. Akur bahawa ajal dan jodoh itu ditangan Allah,” katanya.
Netizen bersetuju!
Sementara itu, ruangan komen dipenuhi dengan komen warganet yang rata-rata bersetuju dengan syarat yang diletakkan oleh Azhar itu kepada sesiapa yang mahu menjadi bakal suami anak kesayangannya.
Wowwww! 4 syarat yang Azhar letak eh untuk siapa yang nak jadi bakal menantu diaa..
Baca : Leona Minta Netizen Henti Kaitkan Dirinya Dengan Ayah Mengenai Isu Puteri Balqis