in

Leona Minta Netizen Henti Kaitkan Dirinya Dengan Ayah Mengenai Isu Puteri Balqis

Tyrhtgrdzv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang ikut perkembangan seorang artis remaja yang hangat diperkatakan baru-baru ini iaitu Puteri Balqis, sudah tentu korang akan tahu bahawa isu tersebut mendapat perhatian ramai netizen termasuklah ahli politik dan beberapa selebriti.


Seperti sebelum ini, Azhar Sulaiman telah memberi pandangan di media sosial berkenaan dengan  pelakon gadis tersebut yang menganggap pendedahan itu seharusnya tidak perlu diceritakan kerana ia sebahagian aib keluarga.

Hantaran tersebut mendapat kecaman netizen sehingga ada yang mengaitkan pandangan Azhar itu dengan anaknya iaitu Leona. Rata-rata daripada mereka mengatakan Azhar seharusnya mendidik anaknya terlebih dahulu sebelum memberi kritikan terhadap orang lain.

Leona buka mulut, minta henti kaitkan dirinya dengan Azhar Sulaiman

Namun, anak kepada Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona telah tampil dengan meminta netizen agar berhenti kaitkan diri dengan ayahnya kerana dikatakan tidak pernah berbincang bersama-sama dalam sesebuah topik ataupun isu.

“Saya tahu saya anaknya tapi tolong henti kaitkan diri saya dengan ayah, kami tak selalu bertentang mata bercerita dalam beberapa topik dan saya sendiri tak tahu kenapa dia cakap dan apa yang dia cakap.. Jadi tolong ye.”

Hantaran lain turut dikongsikan di laman Twitter rasminya dengan mengatakan pandangan ayahnya tidak menggambarkan dirinya.

“Pandangan ayah saya tidak menggambarkan diri saya.”

Dalam pada itu, nama Leona menjadi ‘trending’ di Twitter selepas memberikan penjelasan berhubung hantaran kontroversi bapanya di Instagram mengenai Puteri Balqis.

Semoga Leona tabah ye..Bila bergelar jadi anak artis ni memang akan kena tempias…korang setuju tak?

Baca: Puteri Balqis & Ibu Disyaki Menghidap PTSD Selepas Berjumpa Psikiatri?

Screenshot 2022 09 08 At 3.11.28 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.