in

Ayam Goreng Kunyit Sedap & Murah di Tengah Bandar KL!

Page Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Teringin nak makan masakan ayam kunyit? Apa kata korang serbu satu kedai ni yang menyediakan sajian tu dengan harga yang berpatutan dan rasa yang sedap. Confirm tak akan menyesal!


Kalau korang nak pekena makanan yang rasanya ibarat masakan dari rumah, apa kata korang serbu Warung Prima yang terletak di tengah KL dan mempunyai pelbagai menu masakan kunyit.

Ans 5973

Ans 5959

Apa yang specialnya kedai ni?

Ayam goreng kunyit lah! First, nak cakap pasal portion yang banyak dan cukup mengenyangkan. Untuk menu ala carte, korang akan diberikan nasi putih, sayur dan ayam goreng kunyit. Ayam tu pun rangup di luar dan lembut di dalam. Memang umphh!

1 2
sumber: facebook

Kalau korang tak nak makan ayam, jangan risau, kedai ni sediakan masakan kunyit untuk lauk lain macam daging dan sotong. Yang bestnya, daging goreng kunyit di kedai ni lembut dan tak liat. Memang sedap untuk dimakan.

Kalau sotong goreng kunyit pulak, sotong tu dipotong besar. So, bila digoreng takdelah kecut dan liat. Still juicy, lembut dan puas bila nak makan tu. Barulah syiok!

Ans 5904

Tapikan, kalau korang nak berjimat, admin nak recommend menu set. Kesemuanya ada empat pilihan yang boleh dipilih siap dengan air sekali. Oh ye, kalau korang tak berminat dengan air yang ada dalam set tu, korang boleh tukar air lain dengan hanya menambah seringgit je.

 

1. Combo A

Ans 5935

Set yang ini ada nasi putih, ayam goreng kunyit, sayur, telur goreng dan teh o limau. Lengkap semua dengan satu harga. Perut pun kenyang dan terasa kepuasan dengan setiap suapan dengan isi ayam yang lembut dan rangup. Rasa macam makan masakan di rumah!

 

2. Combo B

Ans 5952

Set yang ni pun ada nasi putih, daging goreng kunyit, sayur, telur goreng dan air teh o limau. Tak tipu lah portion makanan memang besar, daging pun lembut dan cukup rasa. Kira macam dimasak dengan penuh kasih sayang. Gitewwww. 

 

3. Combo C

Ans 5943

Peminat seafood bolehlah pilih yang ni. Sama seperti combo A dan B, ada nasi putih, sayur dan telur goreng. Admin still tak boleh move on dengan sotong goreng kunyit dia yang cukup rasa dan tak liat ni. Confirm, korang takkan menyesal.

 

4. Combo D

Ans 5940

Okay, mana yang time lunch jenis kebulur, boleh pilih set ni yang merupakan campuran ayam, daging dan sotong goreng kunyit. Hambik semua dapat! So, kalau rasa nak makan semua yang mereka sediakan, bolehlah pekena combo ni.

Bukan tu je, macam biasa kalau hidangan macam ni lebih sedap kalau dihidangkan dengan sambal cili. Bila ada pedas-pedas sikit, barulah naik selera. Also, kalau menu Combo, dorang akan bagi telur goreng sekali, and bukan biasa-biasa tau, telur goyang beb! Meleleh air liur!

Ans 5950

Ans 5972

Selain tu, kalau korang jenis tak makan nasi, bolehlah order lauk je, harga tak yah cerita lah, memang berpatutan, rasa pun tak yah risau sebab memang lazat!

Team Lobak Merah dah pergi serbu kedai ni dan kami keluar dari kedai tu dengan perut yang kenyang dan muka yang happy, lagi-lagi bila kami dapat try menu sotong kunyit telur masin dan ayam kunyit telur masin. Rasa dia sedap sangat, tu dah jadi makanan favourite admin sekarang! Serius!

Ans 5970

So, apa kata korang pergi try makan dekat Kedai Warung Prima time lunch hour kalau korang kerja dekat area KL. Ni details kedai dia, serbu jangan tak serbu!

Nama kedai: Warung Prima
Alamat: Life Centre, B1-01, Lower Ground Floor, Jalan Perak, City Centre, 50250 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin hingga Khamis (8 pagi – 6 petang); Jumaat (8 pagi – 10 malam); Sabtu (11 pagi – 10 malam); Ahad tutup.
No. telefon: 011-2660 1332

Fuhh! Sedap!

Baca: Burger Kangkung Sambal Belacan Ni Makin Jadi Tumpuan

Page Burger

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.