in

Burger Kangkung Sambal Belacan Ni Makin Jadi Tumpuan

Page Burger

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ok gaisss, sekarang dah tak main dah burger biasa-biasa ni. Zaman sekarang semua orang mahukan kelainan. Bukan setakat pembeli je nak something different, penjual pun berebut duk keluarkan jenis burger yang lain dari lain untuk jadikan kedai dorang unik. Baru syok!


Macam sebuah kedai dekat Petaling Jaya ni, Mike’s Burger Grill Celup yang berani untuk cuba sesuatu yang baru. Apa yang lainnya tempat dorang? Dorang ni berbeza dari penjual lain sebab ada menu burger kangkung sambal belacan! Wow!

2 3
sumber: facebook
3 3
sumber: facebook

Walaupun kombinasi burger dengan kangkung sambal belacan nampak macam pelik, tapi dorang berjaya gabungkan patties dengan masakan tradisional tu diantara dua keping roti bun. Yummms!

4 1
sumber: facebook

Bukan tu je, burger unik ni juga sangat sesuai untuk korang yang suka dan tahan pedas sebab customers kedai ni bagi rating tahap kepedasan sebanyak 6.5 daripada 10. So, kiranya, kalau korang memang hantu pedas, ini adalah burger yang sesuai untuk korang pekena.

6 1
sumber: facebook
7
sumber: facebook

Tapi korang pun jangan risau, kalau pergi sini, ada banyak juga pilihan lain yang korang boleh try macam Burger Cream Cheese Gourmet dan Burger Smoked Apple Butter BBQ Gourmet Burger.

Tapi kalau nak stick to the normal ones, bolehlah try Burger Spicy Kungpao Gourmet dan Burger Black Pepper Gourmet. Perghhh, meleleh air liur!

Burger 1
sumber: facebook
5 1
sumber: facebook

Bagi yang nak try, bolehlahlah serbu kedai mereka. Ni detailsnya:

Nama kedai: Mike’s Burger Grill Celup
Alamat: Jalan 14/48 (off Jln 222), Seksyen 14, Petaling Jaya
Waktu Operasi: Isnin-Sabtu: 6pm-12am. Tutup pada hari Ahad
Facebook: Mike’s Burger Grill Celup
Nombor Telefon: 012-992 1029

Selamat mencuba!

Baca: 6 Fries Yang UNIK dan SEDAP GILA Korang Kena Try Dekat Area Klang Valley

Fries 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.